Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, March 30, 2013

Uji pandu Nissan Elgrand Jenerasi ketiga menyeronokkan


Perjalanan jauh sekarang tidak menjadi masalah, memperkenalkan Nissan Elgrand jenerasi ketiga (MY13) yang memberikan kombinasi antara kemewahan dan kekeluargaan didalam sebuah kereta. Ramai sudah mengetahui akan kehebatan Elgrand di Negara Brunei Darussalam sejak 1997 dan sehingga kini Elgrand yang juga dipanggil sebagai ‘Raja MPV’ menjadi pasaran popular bagi MPV yang dikatakan mewah.




 
Boustead Sendiran Berhad selaku pembekal kereta jenama Nissan telah menjemput lebih 10 wartawan dan media otomobil untuk membua uji pandu Elgrand terbaru di Kafe Polo Terindak semalam. Menuju ke Taman Permainan Jerudong Park.

Team Mantuka.com membuat pemeriksaan kereta tersebut yang mana, Elgrand MY13 ini tidak mempunyai perubahan dibahagian luar berbanding dengan Elgrand Jenerasi kedua, walaubagaimanapun kereta tersebut mempunyai banyak berlianan dikawasan dalam yang mana jenerasi ketiga ini (MY13) dilengkapi dengan ‘Eco Mode’ membolehkan pemanduan berpkonsepkan ecological dan economical. 


Kuasa enjin pula dimuatkan dengan jenis VQ35DE 3.5L dengan teknologi penjimatan minyak kepada 9.4km/L diuji oleh (Japanese Test Cycle: JC08). Tambahan lagi, Elgrand terbaru ditambah dengan kawalan enjin optimum dan system kawalan spontan transmisi CVT bagi memberikan kuasa pergerakan kereta secara halus dan jimat minyak.

Tambahan lagi, Pergerakan pusingan kereta kepada 5.7m radius semasa membuat pusingan. Perjalanan jauh seperti menuju ke Negara jiran akan lebih menyeronokkan setelah Elgrand Terbaru ini dipasang dengan sistem monitor dengan alat dengar tanpa wayar khas bagi penumpang yang duduk dibelakang. Elgrand juga mengutamakan keselesaan pemanduan dan penumpangnya yang mana tempat duduk boleh di sesuaikan (adjust) mengikut kemahuan penumpang.

Menyentuh bagi keselamatan kereta tersebut, Elgrand mempunyai sistem kamera reverse dibahagian kiri, kanan dan belakang untuk memastikan keselamatan semasa menjalankan kereta tersebut, apatah lagi Elgrand terkini dimuatkan dengan SRS Airbag dan Vehicle Dynamic Control (VDC). 


Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Uji Pandu Nissan Elgrand