Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, March 28, 2013

Chevrolet menjadi rakan otomobile rasmi bagi Pasukan Bolasepak Manchester United

GHK Motors, pengedar rasmi kereta jenama, Chevrolet, hari ini, mengumumkan bahawa Chevrolet merupakan rakan automobil rasmi bagi kelab bola sepak terkenal, Manchester United.


Sehubungan dengan itu, GHK Motors Sdn Bhd akan mengadakan jerayawara istimewa selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 Mac di Times Square, Berakas di mana orang ramai boleh melihat dengan lebih dekat barisan kereta Chevorlet termasuk Chevorlet Cruze dan yang terbaru, Chevrolet, Spark.

Menurut Pengurus Jualan Chevrolet, GHK Motors, Tony Chua, bersempena dengan pengumuman itu juga, 100 pelanggan pertama yang membeli mana-mana model Chevrolet juga akan diberikan secara percuma, kemeja-T eksklusif.


Majlis berkenaan turut menyaksikan Tony menyampaikan Kemeja-T eksklusif kepada Presiden Kelab Penyokong Manchester United Brunei, Awang Muhammad Syazni bin Muhammad Hadi dan juga kepada Presiden Kelab Cruze Brunei, Pengiran Railli Pengiran Haji Omar Alli.

Di samping itu juga, GHK Motors turut menyatakan bahawa Promosi Istimewa Chevrolet juga sedang berjalan sehingga 30 Jun nanti  dengan setiap pembelian mana-mana model Chevrolet akan layak untuk masuk dalam cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Di antara hadiah yang boleh dimenangi dalam promosi istimewa itu termasuk hadiah utama merupakan sebuah Chevrolet Cruze 2013 (Auto) dan hadiah-hadiah lain yang tidak kurang menarik termasuk baucar wang tunai $3 ribu, televisyen LED 46 inci, iPhone 5, iPad 4, Mini iPad serta 10 hadiah sagu hati berupa baucar wang tunai $100.


Oleh itu, GHK Motors mengalu-alukan orang yang tidak melepaskan peluang sama-sama menyertai promosi istimewa itu dan untuk menyaksikan dengan lebih dekat barisan kereta, Chevrolet di Times Square atau di Dewan Pameran Chevorlet di Sumbangsih Bahagia, Beribi.