Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, March 25, 2013

Norhajihah Pemenang bertuah QQeStore (Brunei)


Dayang Norhajihah binti Ramli tidak menyangkakan bahawa numbur bertuah beliau semasa cabutan dijalankan telah mengumumkan beliau muncul sebagai pemenang utama yang membawa balik sebuah kereta Hyundai i30 Jenerasi terbaru dari 120 peserta lainnya yang dijemput dan promosi teresar QQ-estore ‘Beli, Makan dan Pandu’ (Shop, Dine and Drive) (2012-2013).

Dayang Norhajihah berumur 13 tahun terkejut dan berdiam diri kekhalayak ramai setelah number beliau disebut untuk menerima hadiah beliau disampaikan oleh Pengurus Pemasaran QQestore, Jenny Voon. ibu bapa Norhajihah pun tidak tahu apa nak dicakap tetapi bersyukur kerana anak beliau telah menangi sebuah kereta Hyundai.

Selain itu, sebanyak Sembilan hadiah isitmewa turut diberikan kepada ke Sembilan peserta yang bertuah, hadiah-hadiah itu ialah seperti Apple Macbook Air 13”, Canon EOS 650D Kit, Samsung I9300 Galaxy SIII 16GB, Apple Ipad 16GB Wifi, Sony Vaio VPC –YB36KG, LG 32” LED TV, Sony Cybershot DSC-H90, Apple Ipod Touch an JVC Home Theatre.

Cabutan yang berlangsung hari ini diadakan di Bilik Pameran Hyundai bermula dari jam 2 petang dibanjiri oleh pelanggan setia QQestore. Promosi telah berjalan sejak 25hb Julai sehingga 15hb Februari menerima beribu-ribu penyertaan yang mana kesemua transaksi telah dibuat dari cawangan QQestore, Gripps dan Cheebox Café.




QQestore telah memperkenalkan produk-produk terbaru semalam seperti produk kanak-kanak, permainan, jam tangan, peralatan dapur dan produk pendidikan kanak-kanak. QQestore akan sentiasa berkembang yang mana sebanyak 4,000 pelanggan melayari laman web QQestore setiap hari dan lebih 50,000 produk dijual.