Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, December 13, 2012

Belia beramal di dua buah kampong


Courtesy by Syah D


Seramai 20 orang belia menyertai kerja amal di Kampung Limbungan dan Kampung Ujong Bukit di Kampung Bukit Tamoi kelmarin.

Belia-belia ini terdiri daripada ahli Kelab Automotif Pusat Belia, Kelab Automatif UBD, Mr Lancer EX, Speed Master Racing, Kelab Avanza Brunei, Kelab Cruze Brunei, Brunei Sportcar Enthusiasts dan Kelab Evo3 Brunei.

Kerja-kerja amal merupakan sebahagian daripada aktiviti kelab tersebut bergotong-royong membersihkan dan menaiki taraf beberapa kawasan kampung. Ia juga bertujuan menyemai kesedaran orang awam agar membantu kampung-kampung ini.

Menurut Mohammad Ruzaimie @ Norman bin Jufri, Ketua Kelab UBD Auomotif, dalam kaji selidik salah satu modul mereka di Universiti Brunei Darussalam (UBD), Ketua Kampung Limbungan telah meminta bantuan dari pihak berkenaan namun tiada respons, untuk itu, mereka mencari alternatif lain untuk membuat kerja itu sendiri.

Dengan bantuan belia kelab-kelab yang menyertai ini, penduduk kampung berjaya mengorek tanah dan meratakannya sehingga ke dalam batu perigi yang sedia ada.

Kampung Limbungan didiami lebih 20 penduduk dan mempunyai empat buah rumah sahaja manakala Kampung Ujong Bukit didiami lebih 30 penduduk. Kedua-dua kampung ini bergabung menaik taraf kampung mereka serta memelihara telaga bersejarah di kampung itu.

Telaga berusia lebih 30 tahun itu menyediakan air untuk kegunaan harian penduduk kampung. Menurut warga tertua kampung tersebut, Awang Haji Hashim bin Tahir, 80, orang-orang tua zaman dahulu percaya air terbaik adalah dari telaga tersebut.

Selain itu, belia kelab-kelab dan penduduk kampung juga memperbaiki jambatan yang sering digunakan penduduk kedua-dua ampung yang kini sudah tidak kukuh. Jambatan itu yang usang dan bergoyang itu menyebabkan jenazah seorang penduduk kampung jatuh ke dalam sungai kira-kira dua tahun lalu. Mereka juga menyeru bantuan kerajaan untuk memperbaikinya demi keselamatan penduduk kampung dan orang ramai.