Mantuka

Hyundai i30N

Friday, November 16, 2012

Uji Pandu Porsche Panamera menakjubkan


 
Porsche memiliki reputasi yang sangat dipercayai, meskipun mempunyai prestasi tinggi, namun ianya mudah dikendalikan untuk pemandu yang menginginkan kesenangan dalam pemanduan sehari-hari. kereta seperti 911 Carrera, Cayenne, Boxster dan Cayman antara keluaran Porsche yang telah berjaya membawa nama ketaraf dunia sejak dulu lagi.

 
QAF Eurokars telah banyak mengedar model ‘Porsche’ yang dikenali seluruh dunia akan gaya dan kualiti jenama kereta tersebut, dan salah satu satu daripadanya ialah Porsche ‘Panamera’ mempunyai bentuk badan yang lebih lebar, sportif yang dimuatkan dengan enjin 3.6 litre V6 serta sistem direct fuel injection (DFI). Kereta tersebut menjadi tumpuan orang ramai sesuai bagi perjalanan bekeluarga dan mewah.

Seperti model lainnya, bagi kalangan yang ingin memperoleh kereta jenis berjenama dan berprestasi tinggi sebuah lagi keluaran Porsche ‘Panamera’ V6 mempunyai kelebihan tersendiri menyatukan ekonomi dengan prestasi sport.

Kereta tersebut juga dimuatkan dengan 18inci Tayar rim, intek manifold dan sistem penjimatan minyak. Tranmisi enam kelajuan telah dipertingkatkan untuk memberikan prestasi yang lebih tinggi ketika memandu.
 
 

Team Mantuka.com hari ini diberi peluang untuk menjalankan uji pandu kereta tersebut, sebelum pemanduan bermula, memasuki ruang dalam kereta sudah memulakan keseronokan menyaksikan punat otomatik yang begitu banyak dan ruang dalaman yang luas untuk memberi keselesaan semasa memandu, dengan hanya menekan punat ‘start’ kereta tersebut sudah pun hidup dalam masa 2 saat. Porsche Panamera mendominasi perjalanan jauh walaupun disaat kelajuan yang tinggi kereta tersebut mampu memiliki stabiliti pemanduan yang mudah.

 
Kaedah lainnya ialah seperti semasa berhenti, enjin kereta tersebut akan dengan sendirinya akan dimatikan secara otomatik dengan tujuan untuk menjimatkan minyak sekaligus mengurangkan penggunaan CO2 dan akan hidup semula semasa menekan minyak untuk bergerak, apatah lagi semasa dalam perjalanan itu, tidak kedengaran bunyi angin memasuki ruang dalam kereta memberikan kesenyapan semasa memandu. Uji pandu tersebut melalui perjalanan dari Beribi menuju ke Lebuh raya Jerudong yang mana proses perjalanan merasakan fungsi Pengurusan Stabiliti Porsche (PSM) yang mampu memberi pertukaran gear yang sempurna semasa perjalanan jauh.



Walaupun badan kenderaan ini agak besar, tetapi kuasa brek yang dihasilkan cukup untuk memastikan kenderaan berhenti tepat pada masanya. Dalam aspek pengawalan, Porsche Panamera mempunyai badan yang lebar dan panjang, walaubagaimanapun pemandu masih dapat mengawal kenderaan dengan mudah, salah satu daripada peralatan yang dimuatkan ialah ‘Front and Read Parking Assistant’.

Dari pengalaman pemanduan ini, Konsep Porsche Panamera lebih memberikan terhadap pemandu bergaya dan sportif, yang mana kesemua punat direka memberi kemudahan pemandu menggunakannya terutama dibahagian transmisi kereta tersebut.

Model Panamera juga diubahsuai dengan pengurangan berat dan servotronic untuk memberi pengalaman pemandu kejarak yang lebih selesa. Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB) sebagai peranan utama dalam keselamatan yang dipercaya dalam jenama kereta ‘Porsche’, ianya sudah membuktikan kemampuan untuk memberi keselamatan ketika membuat perhentian secara mengejut ketika memandu. Disc brake dibuat dari kompaun Carbon-fibre.

Menyentuh mengenai ruangan dalam, Porsche Panamera, mempunyai rekaan sportif dan standard ergonomic untuk memberi keselesaan dan berkualiti. Pemandu juga dengan selesa memandu kereta yang diisi dengan sistem audio CDR-31, BOSE Sarround Sound System dan Porsche Pengurusan Perhubungan (PCM) dengan modul navigasi.

Spesifikasi Porsche Panamera dimuatkan dengan enjin V6 3.6 litre dengan transmisi otomatik dan manual dengan 7 kelajuan. Panamera mampu mencapai kuasa sehingga 300 kuasa kuda pada 6200rpm.

Panamera V6 datang dengan kaca Modesta bersalut secara percuma apabila dibeli, untuk keterangan lanjut orang ramai boleh mengunjungi bilik pameran QAF Eurokars beralamat Porsche Centre Brunei QAF Centre, Lot 66 Tapak Perindustrian Beribi atau menghubungi +673 2453828.

Orang ramai juga boleh menghubungi Sales Consultant iaitu Faisal 8635789, Firdaus 7173565, Hjh Zimah 7122815, Juraini 8763765, Khairul 8930082, Mimie 8712444& Nic 7150769.