Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, November 11, 2012

Actyon Sports Plus Gagah Berkuasa

Courtesy oleh Sim Y. H.



Setelah diperkenalkan ke pasaran tempatan beberapa bulan lalu, SsangYong Actyon Sports Plus, kini menemui orang ramai bukan sahaja dengan aksesori yang mantap tetapi juga dengan sistem transmisi automatik yang menjadikan Actyon terbaru itu, tampak lebih gagah dan memberikan pengalaman memandu lebih selesa.



Dengan sistem transmisi gear automatik, 6-kelajuan itu, ia menjanjikan lebih kuasa dari enjin diesel bertenaga yang menggerakkan Actyon Sports Plus.



Ia juga mempunyai ciri-ciri Power Mode, yang memaksimumkan kuasa yang dikeluarkan oleh enjin dan mempunyai sistem Thumbs Up Manual Mode, yang menjadikan penukaran gear atas atau ke bawah mudah sahaja dengan hanya menekan punat yang terdapat di roda pengemudi kereta berkenaan.


Enjin Diesel Actyon Sports Plus juga menggunakan teknologi yang diasaskan dan disesuaikan dengan kenderaan Actyon dari teknologi Eropah yang mana ia mampu untuk memberikan kuasa maksimum tork sebanyak 360Nm dalam lingkungan 1500-2800 rpm yang menjadikan enjin itu 50Nm lebih berkuasa daripada enjin Actyon sebelum ini.



Di samping mempunyai kuasa yang lebih tinggi, enjin itu turut menjimatkan penggunaan minyak di mana tangki 75 liter jika diisi penuh mampu mencapai jarak sehingga lebih 1,000 kilometer dengan satu tangki minyak yang penuh.



Actyon Sports Plus juga dilengkapi dengan aksesori-aksesori baru keluaran khas SsangYong bagi model Actyon terbaru ini termasuk kargo dek baru yang memberikan pelindungan sepenuhnya kepada kargo yang dibawa dari pancaran sinar matahari dan hujan.



Actyon Sports Plus juga dilengkapi dengan sistem penyaman udara, power steering, power windows, pemain CD/MP3, roda aloi, sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC) serta ciri-ciri keselamatan terkini.



Pengedar rasmi kereta jenama SsangYong, T.C.Y Motors mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung ke dewan pameran terdekat T.C.Y Motor di Gadong Sentral untuk menyaksikan sendiri dengan lebih dekat model terbaru, Actyon Sports Plus.