Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, November 23, 2012

Perlumbaan Go-Kart di Bandar Seri Begawan


  
  


Awang Haji Harith bin Pehin Dato Haji Abdul Aziz merangkul juara bagi kategori Senior Final Rotax Max 125 cc Perlumbaan Go-Kart 2012 sempena sambutan Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan ke-42 hari ini.
Naib johan dalam kategori yang sama disandang oleh Muhd Jeffery bin Abdul Suresh, manakala tempat ketiga oleh Chan Key Hong, tempat keempat jatuh kepada Pengiran Fadzil bin Pengiran Haji Besar dan tempat kelima ialah Mohd Yusran Haji Johary.

Sementara dalam kategori Novis Final Rotax Max 125cc, johan disandang oleh Haji Fauzan bin Pehin Dato Haji Abdul Rahman, Awang Salim bin Amri di tempat kedua, Naim bin Haji Harith di tempat ketiga, Mohd Jamally bin Haji Ariffin di tempat keempat dan Mohd Farid bin Abdullah menduduki tempat kelima.

Manakala bagi kategori Terbuka pula, johan menjadi milik Chan Key Hong, sementara Gan Sin Siong menduduki tempat kedua, Ong Chee Mang di tempat ketiga, Ivan Chia di tempat keempat dan Ezuriman bin Abdul Rahman menduduki tempat kelima.

Keberangkatan Pengiran Muda 'Abdul Malik dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Sejurus ketibaan Pengiran Muda Abdul Malik telah disembah kenalkan kepada peserta-peserta perlumbaan.Pe rlumbaan itu merupakan salah satu usaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, selain acara keagamaan yang telah dijalankan bagi menaikkan imej sebagai bandar yang sihat, menarik dan dinamik.

Acara perlumbaan saringan Go-Kart bagi kategori Novis dan Final Rotax 125 cc telah diadakan pada pukul 9 pagi di antara 10 hingga 15 pusingan dan pada sebelah petang pertandingan akhir bagi kategori Novis dan Final Rotax Max 125cc sebaik saja keberangkatan tiba Pengiran Muda 'Abdul Malik pada pukul 4 petang.

Pengiran Muda 'Abdul Malik juga berkenan membuat Flag off bagi kedua-dua perlumbaan sebanyak 20 pusingan dengan setiap pusingan adalah sejauh 1.2 kilometer.