Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, December 6, 2012

Peluang bertemu 'Bapa kepada Nissan GT-R' di Brunei Darussalam


Gambar Courtesy Nissan, Jepun

Ini lah peluang terbesar bagi peminat atau pemilik nissan  GTR untuk berjumpa dengan 'Kazutoshi Mizuno' selaku lelaki yang telah membina salah sebuah kereta terpentas dibawah jenama Nissan.

Kazutoshi Mizuno ketika ini berada di Brunei Darussalam dan  memberi peluang kepada orang ramai untuk sesi perjumpaan pada hari Sabtu petang ini di Dewan Persidangan Hotel Empire & Country Club.

Mizuno selaku ‘bapa kepada GTR akan berkongsi pengalaman beliau dalam memproduksi pembinaan kereta yang dipanggil buas bersama pemilik kereta Nissan GT-R dan juga ahli media tempatan.

Beliau juga akan bercakap mengenai tiga buah versi keluaran Nissan GTR terbaru iaitu ‘GTR MY13’ yang baru saja dilancarkan di Jepun pada bulan November lalu. Tempat duduk adalah terhad, jadi orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi Elena ditalian 2431333 sambungan 518 bagi menemah tempat duduk bersama Mizuno.

Kazutoshi Mizuno memulakan kerjaya beliau di Nissan Motor Co. Limited pada tahun 1972. Sebelum itu beliau adalah selaku Pengarah Pasukan / Pembinaan Kenderaan / Jurutera Penyediaan dan Ketua Oppama Site, Nissan Motor Sports International (NISMO) pada 1989.

Pada tahun 2003, beliau dilantik selaku Ketua Jurutera Kenderaan dan juga Ketua Produksi Khas (Nissan GT-R).