Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, November 18, 2012

Perhimpunan Kelab Lancer EX di Pantai Serasa


 
 
 
Seramai lebih 30 ahli Kelab Lancer EX hari ini menghadiri perhimpunan ramah mesra buat kali pertamanya yang diadakan di Pantai Serasa.
 
 

Perhimpunan itu adalah bagi memberi peluang kepada ahli untuk beramah mesra diantara  mereka dengan menikmati jamuan yang disediakan. Disamping itu juga, orang ramai juga boleh menyaksikan model-model kereta jenis kereta modifikasi Mitsubishi Lancer EX yang dipamerkan.

Menurut Presiden Kelab Lancer EX Mohd Hazmi bin Zainuddin, kelab tersebut mula aktif dan juga perhimpunan ini memberi penerangan mengenai persediaan bagi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan nanti.


“Kelab Lancer EX telah mengikuti beberapa aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan termasuk pameran kereta’ dan majlis bergotong-royong, ketika ini kelab tersebut masih membuat beberapa persediaan dengan kerjasama Kelab Otomotif UBD dan Kelab Otomotif Pusat Belia untuk menjayakan projek yang akan datang, kata Mohd Hazmi.

Perhimpunan itu telah bermula dari 8 pagi sehingga 6 petang yang turut dihadiri oleh Presiden Kelab Otomotif UBD, Mohd Ruzaimie Norman Jufri juga selaku Presiden Kelab Otomotif Pusat Belia.