Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, November 10, 2012

Memerlukan sokongan orang ramai pembuatan litar perlumbaan


Sesi bergambar ramai bersama kelab-kelab otomotif
Ahli Jawatankuasa Kelab Otomotif Universiti Brunei Darussalam dengan kerjsama Kelab Otomotif Pusat Belia semalam membuat perjumpaan bersama dengan kelab-kelab kereta dari Kumpulan Mr Lancer EX, Kelab Brunei Avanza, Kelab Sirion Platinum, Brunei Sport Car Enthusiast dan Kelab Toyota Brunei bagi berbincang untuk merujuk semula pembinaan litar perlumbaan yang pernah dibincangkan sebelumnya.
 
Menurut Norman selaku Ketua Kelab Otomotif yang mengetuai perbincangan semalam mengumumkan bahawa, kelab tersebut ingin mengumpulkan maklumat berupa 'kaji selidik' mengenai sokongan orang ramai yang akan menyokong dalam pembinaan litar perlumbaan di Negara Brunei Darussalam.
 
"Borang kaji selidik akan diedarkan nanti dan juga boleh di muat turun dari laman web yang akan diumumkan juga nanti. setakat ini, kami sangat gembira yang mana pihak berkuasa bersama kelab otomotif telahpun bekerja keras untuk sama-sama merealisasikan permohonan tersebut".

"Dengan ini, diharapkan orang ramai akan mengisi borang tersebut dan menyokong pembinaan litar untuk kegunaan secara standard" kata Norman.
 
Kelab tersebut juga semalam turut membincangkan mengenai pameran kereta yang akan diadakan pada bulan disember ini yang mana lebih banyak penyertaan, pertandingan akan dijalankan selepas berjayanya aktiviti pada bulan oktober lalu. perbincangan itu telah diadakan di Bilik Persidangan APB, Universiti Brunei Darussalam (UBD).