Mantuka

Hyundai i30N

Sunday, October 21, 2012

Karnival Kelab Automotive UBD kali kedua Meriah!



                     Lebih banyak gambar menarik di 'GALERI KERETA-KERETA ANDA''

Cuaca panas tidak menghalang peminat-peminat kereta dari mengunjungi karnival ‘Kelab Automotive UBD’ kali ke-2 dianjurkan dinegara ini oleh Mahasiswa-Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Karnival yang berlangsung selama dua hari itu bermula dari 20hb hingga 21hb Oktober telah dibanjiri lebih dari 1,000 pengunjung menyaksikan pelbagai jenis-jenis model kereta yang diubah suai dan dihiaskan lagi.

Dianggarkan lebih 200 kereta tidak kira dari jenis lama atau baru telah mewarnai karnival tersebut apatah lagi ada beberapa juga turut bertanding dalam pertandingan kereta tercantik. Bagi pemenang pertama akan menerima hadiah berupa wang tunai B$100 beserta sijil penyertaan.

Menurut Presiden Kelab Automotive UBD, Mohd Ruzaimie Norman Jufri, pameran Kelab automotive UBD yang berlangsung hari ini di Letak Kereta berhampiran Dewan Chancellor UBD adalah sebagai penghubung dari perkumpulan karnival otomotif pertama yang diadakan sebelumnya pada bulan Jun lalu.

Ianya bukan sahaja untuk mengeratkan silatulrahim diantara penggemar-penggemar kereta bahkan mengisi masa lapang dengan mengadakan aktiviti berfaedah seperti mempamerkan usaha buatan sendiri dan memeriahkan lagi hari percutian awam.

Penulis e-majalah mantuka.com, Sabrina Sallehuddin juga menyokong inisiatif mahasiswa-mahasiswi Brunei Studies APB yang telah berjaya mengelolakan karnival selama dua hari itu.

“Kenderaan kini semakin popular dan menjadi aliran masyarakat untuk menjadikannya sebagai koleksi peribadi paling bernilai. Sudah pasti ada segelintir yang sanggup berjalan jauh untuk mencari dan membeli kereta minat mereka walaupun hanya tinggal ‘rangka’. Usaha mereka dianggap murni untuk menyelamatkan kereta-kereta termasuk jenis lama yang bernilai sebagai sejarah otomotif sebelum ianya pupus ditelan zaman kemodenan”. 

 Lebih banyak gambar menarik di 'GALERI KERETA-KERETA ANDA'