Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, October 17, 2012

Chrysler 300C Mewah Dilancarkan Hari Ini




Syarikat Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd mencatat sejarah baru setelah melancarkan sebuah kereta terunggul buatan Chrysler yang dipanggil Chrysler 300C.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Daniel Shield, Pengerusi GHK Motors Sdn Bhd, Pengiran Dato Shariffudin dan Pengarah Urusan GHK Motors, Pehin Kapitan Laila Diraja Awang Goh King Chin.

Para jemputan terutama peminat kereta jenis Chrysler yang membanjiri Dewan Utama Indera Samudra, Empire Hotel hari ini diberikan penampilan model terbaru 300C 2012 sebagai pengganti kereta mewah 300C sebelumnya dan sebagai kereta pertama Amerika yang mempunyai lapan kelajuan otomatik sekaligus mempunyai sistem penjimatan minyak.

Kereta tersebut dimuatkan dengan teknologi SRT enjin Pentastar V-6 3.6 liter DOHC direka bentuk bagi kemewahan, berkuasa dan juga penjimatan minyak jenis sedan yang dikeluarkan oleh Chrysler.

Manakala bahagian dalaman Chrysler 300C disediakan dengan kulit Mochachino Poltrona Frau ‘Foligno’ dibahagian panel punat, cluster bow dan panel sampingan. Tambahan lagi, keunikan bahagian ialah gril yang diselut warna krom-platinum yang memberikan penawanan menandakan sebuah kereta jenama Chrysler.

Dari segi keselamatan pula, kereta tersebut telah diberikan anugerah purata (rating) tertinggi oleh Institute for Highway Safety (IIHS) yang mana 300C dimuatkan dengan sistem Kawalan Kestabilan bagi mengurangkan risiko kemalangan.