Mantuka FB/IG

Tuesday, September 11, 2012

Keluaran Terbaru Audi A4 2012



Mantuka.com hari ini dijemput oleh Syarikat TCY Motors Sdn Bhd bagi menyaksikan kereta keluaran terbaru Audi A4 Sedan dan A4 Avant setelah kereta tersebut baru masuk kepasaran Brunei Darussalam.

Audi A4 terbaru memang diminati oleh masyarakat Brunei telah membuat perubahan baru dari segi lampu hadapan dan belakang, apatah lagi A4 terbaru mempunyai bentuk badan yang dinamik dan sportif berbanding dengan model sebelumnya dimuatkan dengan Audi 18 inci tayar alloy 10-spoke ‘star’.
Model terbaru ini mempunyai ruang yang luas, mempunyai peralatan elektronik memberikan kelesaan kepada pemandu serta penumpangnya. A4 terbaru telah kurangkan lagi ukuran berat kereta dikurangkan pada 7 kilogram untuk memberikan pemanduan yang sempurna, apatah lagi kereta berkenaan dimuatkan dengan sistem Bang & Olufsen untuk memberikan hiburan terbaik dalam semasa dalam perjalanan.
Kali ini, Audi A4 dilengkapi dengan 4-silinder 1.8 enjin TFSI dengan  sistem penjimatan minyak yang mampu mencacah kelajuan sehingga 215hp. Ianya dimuatkan dengan transmisi Multitronic DRP dengan 6-kelajuan.


Audi A4 terbaru dipamerkan di bangunan Bilik Pameran Audi terbaru di Jalan Kiarong. Orang ramai juga boleh menghubungi ditalian 2442333 atau bilik pameran diLambak ditalian 2390725.