Mantuka

Friday, August 10, 2012

Peugeot 107 harga terjangkau dibawah B$300 sebulan

‘107’ adalah sebuah model dengan kerjasama Toyota yang membawa wajah baru dari model Peugeot 107 lama menggambarkan sebagai kereta lebih moden untuk kegunaan perjalanan bandar yang turut dilengkapi dengan lampu LED. sistem empat bag  keselamatan dan sistem anti brek kekunci (ABS) turut dilengkapi didalam kereta tersebut.

Peugeot 107 yang dimuatkan dengan enjin 1.0 litre menjadi tarikan orang ramai apabila hiasan dalamnya yang begitu sesuai dengan bentuk kereta jenis bergaya, ekonomi dan efisien.

Tambah lagi, beberapa perubahan sistem berteknologi telah dimuatkan seperti transmisi 5-kelajuan 2-Tronic, Sistem Hifi CD, cermin otomatik, sistem amaran tali pinggang keledar dan program penstabil elektronik.

Kereta tersebut juga dianugerahkan 4 bintang Euro NCAP pemeriksaan kemalangan. Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menyaksikan sendiri kereta tersebut dibilik pameran T.C.Y Motors Sdn Bhd di Kiarong pada waktu bekerja.