Mantuka

Hyundai i30N

Sunday, June 17, 2012

Toyota FT-86 mengganti Lagenda AE86



Pada 24hb Jun ini, orang ramai akan menyaksikan sejarah baru bagi Pengeluar Jenama Toyota menghasilkan sebuah kereta yang dikenali sebagai ‘FT86’ sebuah kereta diatas kerjasama diantara Pengeluar Toyota dan Subaru. Walaubagaimanapun, sudah banyak peminat kereta tersebut mula menyebarkan gossip akan kecantikan kereta baru ini.


Model ini, sebagai penampilan baru menggantikan model lagenda Toyota AE86 dizaman moden ini. Kereta Sportif dengan kod nama FT-86 berpandukan kepada pemanduan yang menyeronokkan. Berbanding dengan kereta masa kini yang mempunyai pelbagai jenis kawalan elektronik, FT86 membawa balik keghairahan keaslian kereta sport.
Orang ramai mengenali kekuatan kereta lagenda AE86 sejak dulu lagi, dan Toyota mengambil peluang memberikan nama FT-86 untuk mengembalikan semula popularasi di zaman serba canggih ini.

FT-86 menggunakan sistem pemanduan FR dimuatkan dengan enjin Boxer Subaru FA20 dan enjin 4U-GSE Toyota 2.0 liter 16 Valve DOHC kombinasi sistem minyak Toyota D-4S desediakan transmisi manual atau otomatik yang mencapai kekuatan sehingga 200 kuasa kuda (7000rpm).

Kereta ini sudah setentunya, memberikan keseronokan, keselesaan yang mempunyai bunyi enjin nyaman bagi pemanduan jauh. Perubahan dibahagian depan mempunyai bentuk dinamik dan atap Pagoda untuk memberikan aerodinamik stabil  yang boleh menarik perhatian ramai apatah lagi gril yang dilebarkan memberikan penyejukan kepada enjin.
Mempunyai ruang muatan luas dibahagian depan memberi keselesaan kepada pemandu. Sistem keselamatan diutamakan dari segi sistem Anti Brake ABS-EBD (RISE), Sistem Pengawal Traction (TRC), Pengawalan Stabiliti Kenderaan (VRC) dan Sistem keselamatan bag angin. FT-86 juga dimuatkan dengan beberapa alat seperti lampu Fog depan, spoiler belakang, Double Chrome Exhaust finisher, empat power window dan kunci kawalan jauh.

Jangan lepaskan peluang terbesar ini untuk menyaksikan sendiri pelancaran kereta Toyota ‘FT-86’ pada 24hb Jun ini dikawasan belakang Bilik Pameran Lexus, Gadong dari jam 3 hingga 6 petang.