Mantuka

Thursday, June 28, 2012

Mitsubishi Mirage dilancarkan besok 29hb Jun 2012


BANDAR SERI BEGAWAN – Negara Brunei Darussalam dipilih sebagai Negara kedua di dunia selepas Thailand untuk melancarkan kereta terbaru Mitsubishi Mirage. Kereta dengan kelajuan 1.2 cc sebagai kereta mesra alam telah menjadi kereta sangat Popular yang mencapai jualan sehingga 25,000 unit sejak ianya dilancarkan pada 20hb March di Bangkok. GHK Motors Sendirian Berhad setentunya berbangga untuk mengambil kesempatan melancarkan Mitsubishi Mirage terbaru pada 29hb Jun ini nanti.

Menurut Pengurus Besar GHK Motors Sdn Bhd, John Too pada siding media yang berlangsung hari ini, Brunei dipilih sebagai Negara kedua untuk pelancaran Mirage baru mempunyai kaitan dengan ekonomi yang stabil, industri motor yang sihat dan juga Negara tersebut juga mempunyai pendapatan capita yang tinggi.

“Model Hatchback yang dimuatkan dengan transmisi CVT dan transmisi Manual mempunyai slogan ‘Lebih’ untuk memberi kepuasan untuk pelanggan. Lebih penjimatan dari segi penggunaan bahan api, lebih selamat dimuatkan dengan besi ringan tetapi mempunyai kuat tension yang kuat, lebih bergaya yang mempunyai gaya aerodinamik, lebih banyak utility, lebih luas dan apa yang penting lebih murah”.

 Katanya lagi, uji pandu yang telah dilaksanakan menunjukkan bahawa perjalanan pulang balik menuju dari Brunei Muara ke Kuala Belait hanya mengambil 21km/Litre iaitu kurang dari B$5.00 penggunaan minyak.

Apatah lagi kedinamikan moden dibahagian depan dan bamper menjadikan lebih menawan dalam kereta tersebut, rekaannya juga mengubah bentuk lampu seperti lampu isyarat depan dilihat lebih kecil dan lampu besar mempunyai bentuk yang lebih bujur.

Kereta terbaru Mitsubishi Mirage dapat diperolehi dalam warna merah, putih, biru, hijau dan purple, kehalusan dalam reka cipta kereta tersebut membuktikan kedinamikan pemanduan yang dipertingkatkan dari masa ke semasa,

Mirage terbaru adalah model yang tersendiri bertaraf ekonomi dan memiliki ciri-ciri berkarisma seperti yang sebelumnya. Para pemandu juga akan merasa keselesaan dimana kereta mempunyai interior yang luas boleh dimuatkan dengan empat penumpang termasuk pemandu, penyimpan tiket-tiket, penyimpan kaca mata,, kabin berlampu, suis control pelbagai fungsi dan beberapa biji speaker yang di muatkan dalam badan kereta berkenaan.

Para pelanggan boleh menyaksikan atau uji pandu sendiri kereta Mitsubishi Mirage dengan mengunjungi pelancarannya besok di bilik pameran GHK motors Sdn Bhd pada jam 9 pagi.