Walaupun Nissan
Juke baru sahaja dilancarkan di Negara ini, tetapi ramai orang tahu akan kereta
tersebut dan membuat tempahan untuk mendapatkan kecanggihan kereta ala ‘SUV’
itu. Juke diciptakan melalui interkoneksi antara konsep kendaraan SUV dan
compact sports car sehingga menciptakan sebuah genre baru yang unik dalam
segmentasi kendaraan roda empat.
Kelebihan ‘Juke’
bukan sahaja dari keluasan ruangan dalam dan badan yang aerodinamik ianya juga
boleh dikatakan sebagai kereta yang mempunyai performance yang menakjubkan.
Semasa perjalanan uji pandu, jelas terjangkau keselesaan dengan kombinasi
performance semasa memandu membuatkan Nissan Juke sebuah kereta unik berbanding
SUV lainnya.
Setelah ianya dilancarkan baru-baru ini di
Mall Gadong oleh Pengedar tunggal Nissan Boustead Sdn Bhd, para mediatempatan
turut diberi peluang untuk menguji kemampuan kereta Nissan Juke keluaran Nissan
Motor dikawasan berhampiran Gadong.
Apa yang menarik
lagi tentang kereta tersebut, Juke mempunyai sistem pengawal berintergrasi
dimana ianya menampilkan display dalam pilihan dari kategori memandu, ekonomi,
biasa dan performance.

