Mantuka

Hyundai i30N

Saturday, June 16, 2012

Mitsubishi Evolution 10 mempunyai kuasa luar biasa







Model EVO yang ditukar bentuk sepenuhnya dibandingkan dengan model sebelumnya dengan konsep terbaru yang mempunyai dua jenis model iaitu transmisi otomatik dan manual. Kereta terbaru Evo X dikeluarkan sebagai kereta edisi terhad yang hanya dibina seberapa terhad di pasaran dunia.

Laporan uji pandu yang dibuat oleh salah sebuah majalah motor terunggul membuktikan kereta jenis 2.0 litre intercooled dan Turbocharged Inline Four yang menggantikan 4G63 lagenda enjin yang dimuatkan di evo sebelumnya, ianya telah mengeluarkann 295hp dan 300lb.


Sistem pengemudian dinamik yang dipanggil All-Wheel Drive (S-AWC) torque disetiap roda dalam mengawal rangkaian teknologi pengemudian. Disamping itu dimuatkan lagi dengan 13.8 Brembo Ventilated Disc.

 

Kereta tersebut mempunyai banyak kelebihan berbanding model sebelum ini dengan ruang yang besar, dilengkapi dengan kemudahan penyimpanan barangan, model Evo X juga menjadi tarikan orang ramai apabila hiasan dalamnya di reka dengan hiasan dalam moden.