Friday, July 24, 2026

 


BRUNEI - Insurans Islam General Takaful Sdn Bhd (IIGT) dan Premier Motor Company Sdn Bhd (PMC) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada petang tadi di Bilik Pameran PMC, di Tapak Perindustrian Beribi II, Gadong.

Kerjasama strategik diantara kedua-dua syarikat ini menggambarkan komitmen bersama dalam usaha meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan dengan penyediaan solusi automotif dan Takaful yang lebih menyeluruh.

MoU tersebut ditandatangani oleh Haji Zamrin bin Haji Abd Ghani, Pengurus Am IIGT dan Edwin Chai, Pengurus Jualan PMC.

Melalui kerjasama ini, pelanggan akan menikmati akses yang lebih meluas kepada perlindungan Takaful yang telah dinilai tambah. Para pelanggan kenderaan berjenama MG dan Wuling di PMC akan secara otomatik memperoleh kelebihan tersebut.

Kedua-dua pihak menyatakan keyakinan bahawa kerjasama ini akan menyumbang kepada pertumbuhan berinovasi bersama dan berterusan dalam industri automotif dan Takaful di Negara Brunei Darussalam.

Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada kedua-dua syarikat dan jemputan-jemputan khas.