BRUNEI - Best Auto Sdn Bhd kini menganjurkan jerayawara selama lima hari bermula 22 hingga 26 Julai bertempat di The Mall, Gadong.
Acara tersebut menampilkan barisan model kenderaan terkini daripada jenama Jetour dan DEEPAL bagi memberikan peluang kepada orang ramai melihat secara dekat reka bentuk dan teknologi terkini yang ditawarkan.
Antara model utama yang dipamerkan sepanjang jerayawara ini termasuklah model T2 daripada jenama Jetour serta model S07 daripada DEEPAL. Selain itu, pameran tersebut turut mempersembahkan beberapa model menarik yang lain seperti Jetour Dashing, Avatr 11, serta model DEEPAL S07 dan SO5 yang bersedia menarik perhatian para pengunjung dan peminat automotif tempatan.
Syarikat tersebut turut menyediakan pelbagai tawaran dan promosi menarik untuk para pembeli. Bagi setiap pembelian kenderaan di bawah jenama DEEPAL, pelanggan berpeluang menyertai cabutan bertuah bernilai BND$3,000. Sementara itu, Jetour Brunei menawarkan kit badan penuh T2 secara percuma kepada tiga pelanggan bertuah yang dipilih daripada 100 pembeli terawal model Jetour T2.
Orang ramai yang berminat dijemput hadir ke The Mall, Gadong bagi mendapatkan maklumat lanjut tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
