Thursday, July 16, 2026


BRUNEI - DAHA Auto pagi tadi mengumumkan harga model Elight mereka dari jenama JMEV yang hanya berharga BND$40,900.

Ini menandakan model sedan mereka yang bergerak secara elektrik sepenuhnya sebagai EV dengan harga terendah dalam segmen sedan di negara ini. Tetapi harga tersebut hanya diberikan kepada 10 pelanggan terawal yang membeli JMEV Elight dan selepas itu akan dikeluarkan dengan harga BND$42,900.

Selain reka bentuk yang sportif, JMEV Elight mampu bejalan sejauh 500km+ dalam sekali caj penuh.

Jenama JMEV secara rasminya dilancarkan di The Mall, Gadong hari ini juga menandakan JMEV sudah masuk kepasaran Brunei yang akan membawa lebih banyak model di masa yang akan datang.

Bersempena dengan pelancaran itu, JMEV juga turut mengadakan jerayawara selama empat (4) hari bermula hari ini hingga 19 Julai ini nanti.