Sunday, July 19, 2026

 


BRUNEI - Berjaya Sdn Bhd, pengedar jualan rasmi GWM di Brunei Darussalam, telah berjaya menganjurkan kempen komuniti "Blood Donation: A Gift of Life" dengan kerjasama Kelab Rotary Brunei Darussalam dan Hospital RIPAS. Kempen yang berlangsung di GWM Experience Centre, Beribi.

Acara ini mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai, termasuk kakitangan, rakan kongsi, pemilik kenderaan GWM, serta penderma individu.
​Melalui inisiatif ini, sebanyak 100 pain darah berjaya dikumpulkan daripada 114 jumlah pendaftar.

Sumbangan penting ini akan disalurkan terus bagi menyokong bekalan darah kritikal di Hospital RIPAS demi membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.

​Wakil Berjaya Sdn Bhd menyatakan rasa terharu dan bangga atas sokongan serta kemurahan hati para penderma yang hadir. Beliau menekankan bahawa acara ini bukan sekadar mengumpul darah, malah menjadi platform penting untuk memupuk perpaduan dan memberikan sumbangan nyata kepada kesejahteraan masyarakat.

Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kelab Rotary Brunei Darussalam, Hospital RIPAS, dan semua penderma yang telah bertindak sebagai wira dalam menyelamatkan nyawa sesama insan.