Thursday, July 2, 2026



BRUNEI - BYD Brunei meraikan lebih 100 pelanggan setia dengan menaja tayangan eksklusif filem animasi “Minions & Monsters” sebagai tanda penghargaan di atas sokongan mereka terhadap jenama tersebut. Acara yang berlangsung di pawagam tempatan di The Mall Gadong itu memberi peluang kepada pelanggan menikmati tayangan khas secara percuma sambil memperkenalkan kerjasama rasmi antara BYD dan francais Minions di peringkat global.

BYD kini menjadi rakan automotif rasmi bagi pelancaran filem “Minions & Monsters”, menandakan satu langkah strategik dalam kempen pemasaran global yang menggabungkan hiburan dan teknologi hijau. Di Brunei, Maju Motors selaku pengedar eksklusif BYD memainkan peranan penting dalam memperkenalkan rangkaian kenderaan elektrik seperti M9, Sealion 6, Sealion 7 dan Sealion 8 yang menampilkan teknologi Blade Battery lebih selamat dan mesra alam.

Wakil BYD Brunei turut berkongsi pencapaian BYD diseluruh dunia, visi syarikat untuk memperkukuh mobiliti elektrik di negara ini, seiring dengan usaha global mengurangkan pelepasan karbon. Model seperti BYD siri Sealion menawarkan jarak perjalanan sehingga lebih 1,000 kilometer bagi setiap pengecasan penuh serta mengutamakan kecekapan dan kelestarian.

BYD Brunei juga turut mengadakan jerayawara BYD di The Mall Gadong bermula hari ini hingga 5hb Julai ini nanti.