BRUNEI – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) memberi penghargaan atas sokongan berterusan daripada pihak media dan influencer tempatan melalui Majlis Makan Malam Penghargaan Media yang berlangsung malam tadi di Hotel Mulia, Anggerek Desa.
Majlis tersebut juga bertujuan mengiktiraf peranan penting media dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan membina kepada masyarakat, serta memperkukuh hubungan strategik antara BIBD dan rakan-rakan media.
Dalam ucapan penghargaan disampaikan oleh Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah, Pemangku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD yang turut hadir pada majlis itu menyampaikan bahawa BIBD menekankan komitmen sebagai bank untuk terus menjadi jambatan komunikasi yang efektif antara institusi dan masyarakat, termasuk melalui pasukan media dan media sosial yang aktif dalam menyebarkan maklumat terkini.
BIBD turut menegaskan kepentingan penyampaian informasi yang sahih, berintegriti dan bermanfaat, bagi memastikan masyarakat menerima maklumat yang benar dan relevan, sejajar dengan nilai-nilai profesionalisme dan tanggungjawab sosial bank tersebut.
Majlis yang penuh mesra itu turut menyaksikan kehadiran wakil media dan influencer dari pelbagai platform, mencerminkan semangat kolaborasi yang semakin kukuh antara BIBD dan komuniti media di Brunei Darussalam.
.png)