Thursday, June 25, 2026

 


BRUNEI - Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-70, Boustead Sdn Bhd melakar sejarah baharu dengan pembukaan Hab Perkhidmatan Boustead di Kuala Belait berlangsung kelmarin. Ini menandakan kepulangan rasmi Boustead ke Daerah Belait selepas kali terakhir mengendalikan bengkel di sana pada tahun 2007–2008.

Syarikat mendengar luahan anda! Kini, pelanggan di Belait dan Tutong daripada pemilik kenderaan persendirian, syarikat di sektor minyak & gas, hinggalah agensi kerajaan tidak perlu lagi memandu jauh ke Brunei Muara untuk membuat servis dan penukaran alat ganti. Fasiliti Serba Moden & Komprehensif bukan sekadar bengkel biasa, hub pelbagai jenama ini direka khas dengan mengutamakan keselesaan pelanggan seperti Fasiliti Servis Khas yang dilengkapi dengan 4 ruang kenderaan komersial, 10 ruang kenderaan Nissan & Suzuki, dan 2 ruang motosikal Ducati.

Stesen Pemeriksaan Kenderaan (VIS): Khas untuk lori komersial berat (penguji brek berkapasiti melebihi 13 tan). Ruang Menunggu Premium: Mempunyai ruang legar yang selesa, kafe dalam bangunan (Tingkat 1), kawasan kanak-kanak, dan sudut barangan jenama (merchandise). Ekosistem Lengkap: Sokongan penuh untuk jenama Volvo, UD, Rosenbauer, Fassi, Nissan, Suzuki, dan Ducati (Jualan, servis, pembaikan & alat ganti).

"Menjual sesebuah kenderaan hanyalah permulaan kepada sebuah hubungan. Apa yang paling penting adalah kepercayaan, perhatian, dan sokongan berterusan" jelas Lim Jin Lee selaku Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd. "Perjalanan Anda, Komitmen Kami”.

Kunjungi Hab Perkhidmatan Boustead KB hari ini untuk sokongan selepas jualan yang dipercayai dan lebih dekat dengan anda!