BRUNEI – Jenama-jenama Automotif memeriahkan lagi suasana Pesta Pengguna & Ekspo Perdagangan ke-33 dengan menawarkan pelbagai jenis tawaran-tawaran menarik bagi pembeli-pembeli kereta baru.
Pada pesta kali ini disertai oleh beberapa jenama terkemuka menyediakan pondok-pondok mereka bukan saja menawarkan promosi potongan harga, hadiah cenderamata, cabutan bertuah serta permainan-permainan disajikan untuk para pengunjung. Semasa Pesta Pengguna ini, para pembeli kereta juga akan dapat menerima langkau bayaran selama tiga bulan jika membuat financing melalui BIBD At-Tamwil Berhad.
Pesta Pengguna ke-33 ini hanya akan berjalan dari 24 hingga 28 Jun ini di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas dibuka dari 9 pagi hingga 9 malam.
.png)