Thursday, May 28, 2026


 Mitsubishi Motors Bakal Mengembalikan Legenda Pajero Musim Luruh 2026!


JEPUN - Satu berita gembira buat peminat jentera off-road tegar! Mitsubishi Motors Corporation secara rasmi mengumumkan bahawa mereka akan menghidupkan semula nama ikonik, Pajero, melalui model SUV cross-country serba baharu yang dijadualkan membuat kemunculan sulung (world premiere) pada musim luruh 2026 ini nanti.

Menurut kenyataan rasmi Mitsubishi Motors, selepas pengeluarannya dihentikan di pasaran global pada tahun 2021, kepulangan semula model ini selepas lima tahun amat dinantikan. Model terbaharu ini akan dibangunkan sebagai model flagshif (flagship model) Mitsubishi yang menggunakan asas kerangka ladder frame yang kukuh daripada trak pikap Triton.

Bagaimanapun, ia akan menerima pembangunan khusus untuk bahagian kabin serta sistem ampaian (suspension) hadapan dan belakang bagi menjamin keselesaan pemanduan yang premium di samping mengekalkan keupayaan off-road yang luar biasa.

Apa Erti Kehadiran Semula Pajero Buat Peminat di Brunei?

Bagi komuniti peminat automotif dan pemilik jentera 4x4 di Brunei Darussalam, kepulangan semula Mitsubishi Pajero membawa makna yang sangat besar atas beberapa faktor iaitu kepulangan Raja Segmen SUV Sebenar: Di Brunei, landskap geografi yang mempunyai kawasan pedalaman serta hobi aktiviti luar (off-roading dan perkhemahan) menjadikan kenderaan yang lasak sangat dihargai. Pajero mempunyai reputasi hebat sebagai pemenang Rali Dakar sebanyak 12 kali. Walauapa pun, terpulang kepada pengedar rasmi Mitsubishi di Brunei untuk memasarkan SUV lagenda ini nanti.

Kehadiran model baharu berasaskan kerangka Triton ini bermakna peminat di Brunei bakal mendapat sebuah jentera yang bukan sahaja tahan lasak untuk meredah laluan sukar, tetapi juga selesa untuk pemanduan harian di bandar.

Di Brunei, Pajero mempunyai peminat setia yang mendalam di Brunei. Penghentian produksinya pada tahun 2021 meninggalkan ruang kosong dalam segmen SUV cross-country tulen. Berita ini pastinya disambut dengan penuh keterujaan oleh peminat yang sudah lama merindui model baharu yang membawa DNA asli Pajero.