Wednesday, May 27, 2026

 


BRUNEI - 999,999km mileage bagi Toyota Corolla kepunyaan Awang Rozey bin Haji Rosli diumumkan oleh Toyota Brunei sebagai catatan Mileage Tertinggi dalam pertandingan Mileage Tertinggi Toyota bagi Minggu Pertama mereka.

Toyota Corolla paling awal antara model yang membuktikan ketahanan kereta jenama Jepun yang sehingga kini masih hidup walaupun mileage Kilometer akan mencapai 1,000,000km. Secara automatik, beliau adalah pemenang minggu pertama menerima hadiah Car Package bernilai BND$1,000 dari Toyora Brunei.

Pemilik kenderaan Toyota di Brunei masih berpeluang memenangi pakej penjagaan kereta (car care package) bernilai $1,000 melalui peraduan mingguan yang dianjurkan oleh Toyota Brunei.

​Peraduan yang bermula dari 18 Mei hingga 7 Jun 2026 ini mensasarkan pemilik Toyota yang mempunyai jarak perbatuan (mileage) tertinggi pada kenderaan mereka. Pemenang bertuah akan dipilih pada setiap minggu sepanjang tempoh kempen berlangsung.

​Bagi pelanggan yang berminat untuk menyertai, langkah-langkah penyertaan adalah seperti berikut:
​Kunjungi mana-mana bilik pameran Toyota yang berdekatan.

​Ambil gambar kenderaan berserta paparan jarak perbatuan (mileage) di ruang khas yang telah disediakan.

​Imbas kod QR di lokasi untuk melengkapkan borang penyertaan rasmi.

​Muat naik gambar tersebut di platform Instagram, kemudian tag akaun rasmi @toyotabrunei serta sertakan tanda pagar #HighestMileageToyotaBrunei dan #ToyotaBrunei.

​Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh mengunjungi bilik pameran Toyota berhampiran atau melayari laman media sosial rasmi Toyota Brunei.