Thursday, April 23, 2026

 


Mantukabrunei bersama rombongan dari GWM Brunei berlepas ke Beijing China bagi menghadiri program khas GWM Global bersempena kedatangan Auto China 2026 yang juga dikenali sebagai Beijing Autoshow.

Rombongan yang akan berada di China selama sembilan (9) hari akan diisi dengan beberapa program pengenalan model terbaru, persidangan, temu bual serta menghadiri Auto Show memahami lebih mendalam keluaran model-model terkini dari GWM, WEY, TANK dan ORA.

Ikuti perjalanan mantukabrunei dari masa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai berita Automotif dinegara ini.