Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, April 19, 2026

 


GHK Motors Sdn Bhd hari ini mengadakan Acara Cabutan Bertuah GHK Semarak Lebaran di bilik pameran GHK Motors di Beribi.

Promosi Semarak Lebaran GHK Motors 2026 bermula dari 1 Januari sehingga 31 Mac 2026 yang mana pelanggan yang membeli mana-mana model Mitsubishi, Alfa Romeo, Chan, Chrysler, Perodua, Daihatsu, MG, Maxus, Jeep, GAC & Jeep akan layak mendapat tiket cabutan bertuah sepanjang tempoh promosi.

Acara ini diadakan sebagai ganjaran kepada pelanggan GHK Motors kerana menyokong Francais jenama GHK Motors dan juga sebagai sebahagian daripada perayaan Hari Raya.

Terdapat sejumlah 15 pemenang, Hadiah Utama berjumlah $5,000, Hadiah Kedua $3,000, Hadiah Ketiga $1,000 dan 12 pemenang saguhati bernilai $500 setiap satu.

Hadiah Utama sebanyak $5,000 dimenangi oleh Chua Chia Pin dan hadiah Kedua sebanyak $3,000 dimenangi oleh Mohammad Husna bin Omar dan hadiah Ketiga sebanyak $1,000 dimenangi oleh Ahmad Raynol bin Haji Mohammad Rozey.

Tiket cabutan diundi bersama wakil-waki perbankan bersama Pengarah GHK Motors, Jake Goh yang turut berkesudian menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.