Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, October 19, 2020

Manang 10 Ribu Bersama Insurans Islam TAIB


Insurans Islam TAIB (@insuranstaib) dan anak-anak syarikat dibawahnya pagi tadi melancarkan kempen promosi “MANANG 10 RIBU BERSAMA INSURANS ISLAM TAIB’ yang mana seorang pemenang bertuah akan membawa balik hadiah utama berupa wang tunai sebanyak B$10,000.00.

Manakala, dua pemenang bertuah lainnya akan membawa balik hadiah wang tunai B$2,000 setiap seorang dan pemenang mingguan iaitu baucer minyak B$100.

Pelancaran yang berlangsung di Avenue 41, Kiarong dihadiri oleh Penolong Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd, Dayang Hajah Nornaimah Binti Haji Zainip, Pengurus Besar Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd, Awang Haji Zamrin bin Haji Ghani dan Pengurus Besar Insurans Islam TAIB Family Takaful Sdn Bhd, Awang Haji Shamsul bin Haji Muhammad.
 

Untuk memenangi hadiah tersebut, para peserta hanya perlu menyertai beberapa skim atau pelan Takaful yang dipilih untuk layak menyertai kempen promosi tersebut.

Bagi General Takaful (@iit.generaltakaful), para peserta boleh menyertai dua dari produk dibawah General Takaful iaitu ‘1st Party Motor Takaful' atau 'Komprehensif Motor Takaful’ atau ‘Home Owner Takaful’.

Manakala bagi Takaful Keluarga (@taib_familytakaful), pelbagai jenis produk yang boleh disertai termasuk 'Mortgage Takaful Plan for Hire Purchaser', 'Siswa Takaful', 'Teachers Takaful Plan', 'Mortgage Takaful' dan 'Personal Home Assistant Takaful'.

Lebih banyak penyertaan dari produk-produk terpilih, lebih banyak peluang untuk memenangi hadiah wang tunai itu.

Peserta yang menyertai produk Takaful terpilih akan diberikan baucer fizikal dan diperlukan untuk scan melalui kod QR dibaucer itu sendiri.

Semasa di Scan, peserta dikehendaki untuk mengisi makluamt penuh, muat naik dasar Takaful mereka, mengisi nombor serial dan menekan hantar. Mesej akan diberikan kepada peserta sebagai mengindikasi bahawa maklumat mereka dihantar.

Ambil peluang besar ini untuk memenangi hadiah wang tunai sambil mendapat perlindungan untuk abiskita dibawah Insurans Islam TAIB. Kempen ini akan bermula dari 19 Oktober hingga 31 Januari ini nanti.