Syarikat Maju Motors Sdn Bhd, (Skoda Brunei) baru-baru ini
melancarkan model keempatnya Skoda Karoq sebagai tambahan baru yang dipasarkan
ke negara ini. Pelancaran bertemakan Karoq & Roll menarik peminat anak muda yang membanjiri Bilik
Pameran Skoda pada malam itu.
Karoq adalah
model Kompak SUV sebagai tambahan barisan model kereta besar Skoda yang
dipasarkan kenegara ini selepas Kodiaq.
Skoda Karoq adalah dibawah kategori Kompak SUV dimuatkan
enjin 1.5L TSI Turbocharged sebagai enjin terbaru menggantikan 1.4L. model ini
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pengguna dengan fungsi elektronik moden. Karoq
yang mempunyai 5-tempat duduk mempunyai ruang luas dibahagian belakang terutama
bonet.
Pada masa ini, pelanggan yang menjalankan uji pandu
mana-mana kenderaan Skoda akan berpeluang memenangi iPhone 11. Untuk keterangan
lanjut, orang ramai boleh mengunjungi Bilik Pameran Skoda Brunei, Maju Motors
Sdn Bhd di Telanai.