Mantuka

Hyundai i30N

Sunday, October 20, 2019

Lebih 15 pelanggan BMW Brunei dibawa ke BMW M Track Day 2019




Peserta-peserta BMW M track Day 2019 adalah antara pelanggan BMW yang bertuah dijemput oleh syarikat QAF Auto Sdn Bhd, @Bmwbrunei untuk menyertai program dibawah BMW M Track Day di Malaysia. Selain mengambil pengalaman memandu kereta-kereta Sport BMW, Para pelanggan juga dibawa melancong ke beberapa destinasi menarik di Negara tersebut.




Mantuka sempat merakam sedikit-sebanyak pengalaman indah mereka semasa berada disana untuk mengupas semula memori mereka berada disana selama 4 hari itu.

Pada Hari Pertama, Rombongan mula berlepas ke Kuala Lumpur Malaysia dengan diberi tempat penginapan 5-bintang di W-Hotel berhampiran KLCC. Pada waktu malam mereka diberi makan malam secara fine dining di Troika Sky Dining, Kuala Lumpur. Pada Hari Kedua, Rombongan dibawa ke Batu Caves tapak sebuah kuil hindu dan sebagai tempat suci menjadi ikon popular di Selangor. Setiap hari tapak ini dibanjiri oleh para pelancong luar negara untuk melihat sendiri keindahan sambil mendaki 272 anak tangga di Batu Caves. Selepas itu, para peserta diajak untuk menikmati makan tengahari di Restoran Manja terkenal dengan masakan-masakan melayu ala fine dining.





Mereka juga membuat lawatan ke Royal Selangor Pewter Tour dalam mempelajari sendiri cara membuat menggunakan timah dalam membuat sesuatu barangan. Royal Selangor memang terkenal dengan buatan cenderamata mahupun koleksi yang elegan. Selain itu, mereka juga mempelajari cara membuat batik yang mana kesemua peserta mengambil pengalaman sendiri dengan membuat desain batik sendiri. Semasa masa lapang, mereka menikmati keindahan dan bunyi Bandaraya Pusat yang indah di Kuala Lumpur dari Menara berkembar PETRONAS dan menara Kuala Lumpur. Peserta-peserta adalah antara pelanggan BMW yang bertuah dijemput oleh @bmwbrunei untuk menyertai program dibawah BMW M Track Day di Malaysia.  Selain mengambil pengalaman memandu kereta-kereta Sport BMW, Para pelanggan juga dibawa melancong ke beberapa destinasi menarik di Negara tersebut. Hari Ketiga adalah hari yang dinantikan oleh para peserta, BMW M Track Day yang mana kesemua lebih 15 peserta juga pemilik BMW dibawa ke Litar Lumba Sepang untuk mengambil pengalaman sendiri memandu di litar lumba tersebut.


 





Antara yang disediakan adalah model M4, M5, dan model terkini M2 Competition yang mana pelatih yang diiktiraf K.K Wong mengajar dalam latihan Berhenti dalam kecemasan, mengenali litar lumba sepang dan memandu dalam kelajuan tinggi mengikut panduan yang diberikan.

Mantuka juga berpeluang untuk memandu beberapa model terkini seperti M4 dan M2 Competition. BMW M Track Day bertujuan untuk mendidik pemilik kereta BMW dengan menggunakan latihan pergerakan tangan pada stereng kereta bagi bertindak cepat semasa membuat perhentian secara cemas dalam latihan menggunakan Sistem Anti Kunci Brek (ABS).



Selain itu, latihan pemanduan di dalam litar lumba Sepang itu dapat mempelajari pengendalian memandu ditahap kelajuan yang tinggi secara selamat dan membantu mendidik peserta mengenai kemampuan cengkaman traction BMW sebagai salah satu simbol jemegahan versi M di dalam pelbagai model-model BMW lainnya.