Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, July 29, 2019

Pelancaran BMW X7 & BMW 7 Series


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Model yang ditunggu-tunggu kini sudah tiba, BMW X7 sebuah SAV memasuki pasaran Brunei menjadi bahan percakapan ramai setelah ianya dilancarkan baru-baru ini.

Pelancaran itu diadakan bertempat di OneRiverside semasa majlis minum petang bersama Ketua-ketua Misi Diplomatic di Brunei dan rakan korporat.


Pengurus Besar QAF Auto, Sivakumar Krishnan, QAF Auto secara positif bekerjasama dengan Duta-duta dan rakan korporat di Negara ini, beliau juga menekankan bahawa BMW X7 dan BMW 7 Series terbaru direka khas untuk ketua-ketua di dalam masyarakat.

BMW X7 dibentuk dengan lebih besar dengan menyediakan enam tempat duduk dan bampar yang dilebarkan memberi penampilan elegan dengam tambahan gril  depan yang diperbesarkan. Selain memberi paparan mewah, X7 juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini seperti navigasi GPS, BMW Gesture Control, pengubah ukuran suspension kereta dengan hanya menekan punat, pemanas atau penyejuk minuman dibahagian depan dan USB port bagi type-C.



Model SAV premium ini dimuatkan dengan enjin BMW X7 xDrive40i Pure Excellence Inline-6. Para pelanggan yang ingin membeli kereta ini juga boleh mendapatkan model 7 tempat duduk di Syarikat QAF Auto Sdn Bhd.


Para pelancaran itu juga, BMW 7 Series juga diperkenalkan sebagai model sedan mewah yang dihasilkan dengan bentuk badan yang lebih panjang. BMW740Li Pure Excellence menjadi tarikan global yang dijadikan sebagai kenderaan ketua-ketua dunia. Model yang begitu cantik dengan knob transmisi yang diperbuat seperti Kristal setentunya memberi keyakinan kepada pemandu bahkan penumpang didalam kereta tersebut.


Kedua-dua model tersebut boleh didapati di QAF Auto Sdn Bhd bermula 23 Julai dan disediakan dengan Pakej Plus Termasuk 5 Tahun BMW Service dan 3 Tahun BMW Roadside Assistance secara percuma.

Orang ramai boleh menyaksikan kedua-dua model tersebut di Bilik Pameran BMW, Syarikat QAF Auto Sdn Bhd, Beribi semasa waktu pejabat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, atau mengetahui pendapat lanjut dari review penyampai Team Mantuka mengenai model BMW X7, orang ramai boleh menyaksikan video melalui IGTV semasa pelancaran kedua-dua model tersebut.