Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, October 19, 2018

Pelancaran DS7 Crossback

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif DS Automobiles di Brunei Darussalam bersama Auto Makmur Sdn Bhd telah melancarkan keluaran terbarunya iaitu model DS7 Crossback bagi pelanggan VIP yang berlangsung di Bilik Pameran DS, Beribi semalam.

Model baharu merupakan sebuah Kompak SUV yang premium telah ditonjolkan kepada para tetamu VIP. Hadir merasmikan majlis pelancaran itu, Duta Besar Perancis ke Brunei Darussalam, Tuan yang Terutama Christian Ramage.

Turut hadir selaku jemputan VIP, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji ‘Abdul ‘Ali Yil-Kabier bin Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Model tersebut juga turut dipamerkan untuk kunjungan orang ramai di Bilik Pameran DS dari 9 pagi hingga 4 petang dengan menyediakan jamuan istimewa sambil menyaksikan lebih dekat kereta tersebut.

Kereta tersebut yang dipanggil sebagai DS7 Crossback mempunyai kelengkapan teknologi tinggi dihasilkan dari Negara Perancis membawa sebuah kereta premium dengan inovasi terkini.



Keluaran baru DS Automobile mempunyai reka bentuk tersendiri selain elegan, karisma, dan berkuasa. Model ini setentunya dilihat sebagai sebuah model mewah. DS7 Crossback mempunyai gril berbentuk berlian dikelilingi dengan garisan dinamik dan lambang DS ditengah.


Model SUV ini juga dimuatkan penuh dengan pelbagai teknologi seperti lampu utama DS Active LED Vision, skrin sentuh pelbagai guna berukuran 12” yang mampu memainkan aplikasi Android Auto atau Apple CarPlay. 

Apa yang menarik lagi ialah system DS NIGHT VISION dilengkapi dengan kamera infra merah yang mampu melihat dibahagian depan kereta diwaktu gelap sejauh 100 meter. Ianya boleh dilihat dari klaster digital pemandu untuk memberi amaran awal potensi bahaya semasa memandu.

Antara teknologi lain yang dilengkapi, Driver Attention Warning, DS Active Scan Suspension, DS Safety yang mana sistem ini akan mengaktif segala sistem fungsi keselamatan di dalam kereta.

DS7 Crossback disediakan dengan dua jenis varian di pasaran Brunei iaitu spesifikasi sederhana atau tinggi. Kedua-dua spesifikasi tersebut mempunyai enjin yang sama 1.6 liter 4-silinder PureTech Turbo dengan 6-kelajuan transmisi Automatik.

Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi Bilik Pameran DS Automobile, Syarikat Grand Motors Sdn Bhd, Beribi semasa pelancarannya dibuka dari pagi hingga petang.


Untuk berita uji pandu DS7 Crossback, klik di sini.