Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, October 13, 2018

Uji Pandu DS7 Crossback

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif DS Automobiles di Brunei Darussalam bersama Auto Makmur Sdn Bhd akan melancarkan keluaran terbaru model DS iaitu sebuah kompak SUV yang premium pada 19 Oktober 2018 nanti.

Model DS baru ini, DS7 Crossback, akan menjadi tarikan kepada peminat trend, ahli sukan dan pembeli kereta arif yang mencari pengalaman automotif yang unik dan baru.

Model baharu itu ditonjolkan kepada media semalam di Bangunan Little Soho, Batu Bersurat. Para media telah diberi peluang pertama untuk menguji DS7 Crossback itu. Kereta tersebut mempunyai reka bentuk kereta masa depan memasuki era kemodenan.

DS7 Crossback mempunyai kelengkapan teknologi tinggi dihasilkan dari Negara Perancis membawa sebuah kereta premium dengan inovasi terkini.


Keluaran baru DS Automobile mempunyai reka bentuk tersendiri selain elegan, karisma, dan berkuasa. Model ini setentunya dilihat sebagai sebuah model mewah. DS 7 Crossback mempunyai gril berbentuk berlian dikelilingi dengan garisan dinamik dan lambang DS ditengah.

Model SUV ini juga dimuatkan penuh dengan pelbagai teknologi seperti lampu utama DS Active LED Vision, skrin sentuh pelbagai guna berukuran 12” yang mampu memainkan aplikasi Android Auto atau Apple CarPlay.





Apa yang menarik lagi ialah system DS NIGHTVISION dilengkapi dengan kamera infra merah yang mampu melihat dibahagian depan kereta diwaktu gelap sejauh 100 meter. Ianya boleh dilihat dari klaster digital pemandu untuk memberi amaran awal potensi bahaya semasa memandu.




Antara teknologi lain yang dilengkapi seperti Amaran Perhatian Pemandu (Driver Attention Warning), DS Active Scan Suspension, Keselamatan DS (DS Safety) yang mana sistem ini akan mengaktif segala sistem fungsi keselamatan di dalam kereta.


Driver Attention Warning adalah sistem yang akan memberikan amaran apabila DS7 mengesan bahawa pemandu tidak membuat perhentian atau berehat selepas dua jam memandu dalam kelajuan melebihi 40 mph (65km/j) contohnya apabila membuat perjalanan jauh. Kereta ini akan memaparkan mesej yang menggalakkan anda untuk berehat, disertai dengan isyarat yang boleh didengar. Sekiranya pemandu tidak mengikuti nasihat ini, amaran tersebut akan diulang setiap sejam sehingga kenderaan dihentikan.


DS Active Scan Suspension akan menganalisasi jalan di hadapan jika jalan raya itu tidak rata dan akan menyesuaikan suspension kereta secara automatik, meningkatkan keselesaan dalam perjalanan untuk mencipta pengalaman pemanduan unik dan lancar. Teknologi inovatif ini menggunakan kamera yang diletakkan di belakang cermin depan, disambung secara elektronik. Ianya berfungsi dengan empat sensor ketinggian dan tiga pecutan untuk mengukut tindak balas DS7 Crossback seperti kelajuan, sudut roda stereng dan brek.







Keselamatan DS semasa perjalanan jauh, kurang penglihatan atau kurang perhatian terhadap bahaya. Keselamatan ini menggunakan 6 fungsi utama untuk menjadikan jalan raya dan pemanduan lebih selamat iaitu DS Night Vision, DS Driver's Attention Warning, DS Active LED Vision, Electronic Stability Control, Anti-Lock Brake System, Hill-start Assist Control. Memandu dan bila dipandu dalam DS7 Crossback akan memastikan keamanan minda sepanjang masa, sebab pemandu dan penumpang mendapat manfaat daripada teknologi terbaik pada setiap masa.

Grand Motors Sdn Bhd bersama Auto Makmur Sdn Bhd menawarkan dua varian ke pasaran Brunei Darussalam iaitu Grand Chic (Spesifikasi Tinggi) dan So Chic (Spesifikasi Sederhana). Kedua-duanya dilengkapi dengan enjin 1.6 Liter, 4 silinder PureTech Turbo dengan transmisi 6-kelajuan automatik.

Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi Bilik Pameran DS Automobile, Syarikat Grand Motors Sdn Bhd, Beribi semasa pelancarannya dibuka dari pagi hingga petang pada 19hb Oktober 2018.