Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, September 11, 2018

Vespa Konvoi Meraikan Ulang Tahun Pertama

Gambar dari Syarikat Grand Motors Sdn Bhd
Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Vespa adalah ikon budaya Itali yang terkenal sejak tahun 1946. Dan semua orang patut memilikinya. Memiliki atau menunggang sebuah Vespa adalah sinonim erti kebebasan bergaya, berani, dan mudah. Inilah sebabnya mengapa Vespa adalah ikon budaya Itali. Hanya kerana itu. Dan jika anda datang ke Itali, anda mungkin akan melihat ramai orang yang menunggang sejarah ini.


Di Brunei Darussalam kini boleh memiliki sebah Vespa dari pengedar tunggal Syarikat Grand Motors Sdn Bhd sejak pelancarannya pada April 2017 yang lalu dan pertama kalinya telah menganjurkan konvoi menggunakan Vespa.

Baru-baru ini syarikat tersebut mengadakan ekspedisi konvoi Vespa kedua bersama pelanggannya. Tahun ini, lebih dari 20 pemilik Vespa telah berlepas ke Miri, Sarawak selama sehari disana. Konvoi yang bertemakan 'Cruising with Vespa 2018' adalah anjuran bersempena sambutan ulang tahun Vespa yang pertama di Brunei Darussalam dengan rakan kongsi McDonald's Brunei.





Acara ini bertujuan untuk mewujudkan dan mengeratkan silaturrahim antara Syarikat Grand Motors Sdn Bhd dengan pemilik Vespa dan menyampaikan matlamat dan objektif jenama Vespa. Ekspedisi ini bermula dari letak kereta McDonald's, Jerudong kemudian ke Tutong, Kuala Belait dan menuju ke Miri, Sarawak.

Gambar dari Syarikat Grand Motors Sdn Bhd

Gambar dari Syarikat Grand Motors Sdn Bhd

Semasa berada di Sarawak, mereka dibawa ke restoran makanan laut terkenal yang dinamakan sebagai Dragon Seafood Restaurant ditaja oleh syarikat Grand motors Sdn Bhd.

Dayang Nor Aini Binti Haji Awang, 35, adalah salah seorang pemilik Vespa dalam konvoi tersebut dan merupakan satu-satunya  peserta wanita dalam konvoi tersebut. Semasa temu bual, konvoi itu adalah kali pertama dibuatnya selepas melahirkan cahaya mata pertama yang kini berusia tujuh bulan. Walaupun sekarang sudah memiliki seorang anak, ia tidak menjadi halangan untuk melibatkan diri beliau secara aktif dalam aktiviti seumpama itu.

Gambar dari Syarikat Grand Motors Sdn Bhd