Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, August 22, 2018

Lexus ES Generasi Ke-4 Di Lancarkan


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Setelah lama menunggu akan keluaran model terbaru dari siri ES, penantian kini berakhir dengan kemasukan model Siri 2019, Lexus ES yang baru saja dilancarkan di Brunei Darussalam.

Bercakap mengenai jenama Lexus, pasti ramai yang memiliki keistimewaan dan karakteristik kereta mewah yang cukup digemari. Lexus ES adalah sebuah model premium yang mempunyai desain tersendiri.



Perubahan yang ketara dibahagian depan terutama dibahagian gril depan dan ruang dalaman yang mengetengahkan imej sebuah kereta premium dan berkualiti tinggi.

Keluaran wajah terbaharu Lexus ES telah berlangsung di Bilik Pameran Lexus, Gadong di mana tetamu khas NBT berpeluang untuk menyaksikannya dengan lebih dekat lagi.

Pelancaran model tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif NBT, Ninan Chacko, Timbalan Pengarah Urusan, Haji Ahmad Omar bin Haji Husin dan Pengurus Jualan Besar Kanan, Leong Cheng Soon.


Setiap kereta dalam siri kenderaan Lexus, sering membawa inovasi dan ciri-ciri memandu yang tersendiri dan Siri Lexus ES terbaharu juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan inovasinya tersendiri dengan memperkenalkan ciri-ciri keselamatan terkini daripada segi reka bentuk yang lebih dinamik serta membantu meningkatkan kawalan semasa memandu dan rekaan dalaman kereta yang bukan sahaja nampak moden tetapi juga lebih menawan.

Pada masa yang sama, nadi penggerak Lexus ES, merupakan generasi keempat Lexus hybrid drive iaitu enjin 2.5 liter inline-4 terbaharu yang bukan sahaja menjimatkan minyak tetapi juga meningkat dari segi keselesaan memandu tanpa kompromi. 



Di samping mempunyai rekaan yang memberikan ruang but yang lebih luas, Lexus ES turut dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini seperti Active Cornering Assist (ACA), platform Global Architecture (GA-K) terbaharu, sistem Pop-Up Hood, monitor Blind Spot dan beg udara 10 SRS (Supplemental Restraint System).

Oleh itu, pihak pengurusan NBT mengalu-alukan orang ramai khususnya mereka yang berminat untuk menyaksikan ciri-ciri menarik kenderaan terkini dalam keluarga kenderaan Lexus untuk berkunjung ke ruang pameran Lexus terdekat.