Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, June 4, 2018

5 Terpilih Cabutan Akhir Promosi Citroen "Beli dan Menang & Uji Pandu dan Menang"



Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal jenama Citroen menjemput 5 pelanggan bertuah untuk menyertai cabutan akhir promosi ‘Beli dan Menang & Uji Pandu dan Menang’ yang akan diadakan pada 8hb Jun ini jam 10 pagi.

5 dari lebih 150 pelanggan yang telah membeli dan menjalankan uji pandu Citroen dan barisan DS telah dipilih dari cabutan awal yang berlangsung hari ini disempurnakan oleh perwakilan Bank dari Baiduri Finance Berhad dan BIBD At-Tamwil Sdn Bhd serta disaksikan oleh Pengurusan Grand Motors dan para ahli-ahli media.



Pelanggan yang dihubungi hari ini dimestikan untuk membawa kad pengenalan pintar semasa cabutan akhir itu nanti yang akan diadakan bertempat di Bilik pameran Citroen, Beribi. Kempen yang dikelolakan oleh Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad telah berlangsung sejak 1 Disember 2017 hingga 31 Mai 2018 lalu untuk memberi peluang memenangi hadiah berupa sebuah kereta Citroen C4 secara percuma.

Tambahan lagi, pelanggan yang membuat uji pandu mana-mana model kereta Citroen atau DS sepanjang promosi tersebut juga akan berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy Note 8.


Pengunjung hanya perlu membuat uji pandu mana-mana kereta jenama-jenama Citroen seperti DS3, DS4, DS5, C3, C4 Cactus dan C4 Grand Picasso dengan secara automatik akan layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut.

Menurut Pengurus Pemasaran Grand Motors, Precious Casao, kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran akan kehebatan kereta-kereta jenama Citroen, disamping itu juga untuk meningkatkan lagi jualan kereta-kereta jenama Perancis ini.




Citroen dan barisan DS mengalu-alukan orang ramai yang ingin mencuba pengalaman memandu kereta berunsurkan kepada kemewahan dan prestasi dalam promosi kedua Citroen yang berlangsung dari 1 Jun 2018 hingga 31 Disember 2018 dimana pelanggan akan berpeluang untuk memenangi sebuah DS3 1.2L Auto dan banyak lagi hadiah-hadiah istimewa.

Kunjungi Bilik Pameran Citroen atau hubungi 2450257 untuk keterangan lanjut.