Mantuka

Saturday, September 10, 2016

Peluang Uji Pandu Chrysler 300C 2017 bersama media



Syarikat GHK Motors Sendirian Berhad hari ini menjemput media tempatan untuk menjalan uji pandu sebuah kereta unggul buatan Chrysler keluaran versi terbaru model 300C.

Uji Pandu keluaran model tahun 2017 ini bermula dari Ding Tea, Beribi diberikan penampilan terbaru yang berbeza dengan model 300C tahun 2012 sebagai pengganti kereta mewah sebelumnya dengan transmisi 8-kelajuan automatik menggunakan Rotary Selector yang hanya memutar tombol untuk menukar gear.

300C kali ini, dimuatkan dengan teknologi SRT enjin Pentastar V6 3.0 liter Petrol yang mempunyai kuasa rendah berbanding dnegan model sebelumnya dimuatkan dengan enjin 3.6 liter. Walaupun berkurangan dari segi kuasa tetapi penggunaan minyak dipertingkatkan yang mampu menjimat penggunaan bahan api sebagai teknologi terbaru dikeluarkan oleh Chrysler.

Manakala bahagian dalaman Chrysler 300C disediakan dengan kulit Mochachino Poltrona Frau ‘Foligno’ dibahagian panel, cluster bow dan panel sisi di dalam 300C. Tambahan lagi, keunikan bahagian depan ialah gril yang diselut warna krom-platinum yang masih digunakan sejak model awal lagi bagi memberikan penawanan menandakan sebuah kereta jenama Chrysler.

Dari segi keselamatan pula, system ISOFIX untuk keselamatan kanak-kanak, bag udara hampir keseluruh dalam kereta termasuk bag udara penjgaaan lutut, keselamatan Pejalan kaki aktif, system Cruise Control, ABS, Bantuan henti diatas bukit. kereta tersebut telah diberikan anugerah purata (rating) tertinggi oleh Institute for Highway Safety (IIHS) yang mana 300C dimuatkan dengan sistem Kawalan Kestabilan bagi mengurangkan risiko kemalangan.