Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, August 16, 2016

Tawaran Hebat 'GR8 Chevrolet Deals' dari Chevrolet Brunei


Chevrolet Brunei melancarkan promosi ‘The GR8 Chevrolet Deals’ pada kesemua model Chevrolet bermula hari ini hingga 31 ogos nanti.



Semasa promosi dijalankan, pelanggan boleh menikmati 5 bulan bayaran ansur percuma termasuk perkhidmatan penyelenggaraan secara percuma hingga 7 kali. Selain bayaran ansuran dan perkhidmatan penyelenggaraan percuma, pelanggan juga boleh memilih sama ada memilih dari promosi tersebut atau baucer membeli-belah bernilai B$2,000.


Eksekutif Pemasaran Chevrlet Brunei, Nurnadzirah Anati binti Abdul Rahim semasa menjelaskan di sidang media yang diadakan di Bilik Pameran Chevolet Brunei, Beribi, setiap model Chevrolet mempunyai keistimewaan tersendiri yang membuatkan lebih menarik tidak kira desain dan ruang dalamannya.


Chevrolet Spark yang dianugerahkan sebagai ‘10 kereta ruang dalaman terbaik pada tahun 2013’, kereta tersebut menjadi terbaik dalam penjimatan minyak dengan penggunaan 4.8 liter sahaja dalam perjalanan 100 kilometer. Sekarang pelanggan boleh menikmati lima bulan bayaran ansuran percuma dan tiga kali perkhidmatan penyelenggaraan percuma.


Chevrolet Cruze dan Sonic menjadi model popular dinegara Brunei Darussalam turut mempunyai promosi empat bulan bayaran ansuran percuma tambahan empat kali perkhidmatan penyelenggaraan percuma. Cruze setakat ini Berjaya menjual 3 juta unit seluruh dunia sejak ianya dilancarkan pada tahun 2014 hingga kini.


Model tersebut menjadi pilihan terbaik di Amerika Syarikat oleh kerana keluasan ruang kaki, kepala dan ruang bahu termasuk badan yang lebih lebar berbanding segmen lainnya.


Selain itu, pelanggan yang membeli model Chevrolet Malibu akan menikmati tiga bulan bayaran ansuran percuma termasuk lima kali penyelenggaraan percuma dengan 18” rim sport secara percuma. Malibu menawarkan enam bag udara dan dilengkapi dengan fungsi keselamatan aktif seperti Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brakeforce Distribution (EBD), Brake Assis dan Kawalan Traction. 
 
Bagi model 7-tempat duduk, Chevrolet Orlando dan Captiva, Chevrolet Brunei menawarkan tiga bulan bayaran ansuran percuma termasuk lima kali perkhidmatan penyelenggaraan percuma. Chevrolet Orlando sebuah kereta kompak yang boleh mengangkut tujuh penumpang secara selesa dan tempat duduk ala teater untuk member pemandangan depan dan sisi lebih jelas tanpa menjejaskan ruang kepala. 
 
JIka membeli Chevrolet Captiva pelanggan akan diberikan tambahan sensor undur percuma. Captiva juga telah menawan hati pelanggan di Brunei dengan kemampuannya. 


Apa yang menarik lagi, pelanggan akan menikmati empat bulan bayaran ansuran percuma dan empat kali perkhidmatan penyelenggaraan percuma dalam pembelian Chevrolet Spin. Spin sebagai kereta pertama mempunyai transmisi 6-kelajuan automatic dalam kompak MPV direka khas untuk yang bekerluarga.


Jika berminat dengan tawaran ini, orang ramai boleh mengunjungi bilik pameran Chevrolet di Sumbangsih Beribi atau menghubungi 2426203.