Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, July 23, 2016

Chevrolet Julai Istimewa



Gambar dari Chevrolet Brunei

Chevrolet Brunei melancarkan ‘promosi Julai Istimewa’ bagi model-model Chevrolet yang mempunyai 7-tempat duduk model Captiva dan Orlando bermula hari ini hingga 31 Julai ini nanti.

Dalam tempoh promosi ini, pelanggan boleh menikmati pilihan sama ada faedah pembayaran bulan percuma selama 3 bulan termasuk 4 kali perkhidmatan penyelenggaraan percuma atau potongan harga sebanyak B$2,000.

Selain promosi ini, Chevrolet juga mengadakan promosi Chevrolet Sepanjang Raya yang mana GHK ketika ini memberi pelanggan Chevrolet dengan baucer membeli-belah sebagai tanda penghargaan kepada mereka menyokong Chevrolet di Negara Brunei Darussalam selama ini.

Selain dari itu, Pelanggan juga boleh menikmati tempat duduk kulit (leather) secara percuma Chevrolet Captiva. Setiap Captiva juga ditdatangkan dengan pengesan undur (reverse sensor) dan alat langkah sampingan kereta (side steps) yang bernilai melebihi B$1,500.

Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi bilik pameran Chevrolet di Sumbangsih Bahagia dari jam 8 pagi hingga 5 petang semasa waktu pejabat dan 8 pagi hingga 4 petang pada hari sabtu. Pelanggan juga boleh mengikuti uji pandu.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari www.ghkmotors.com.