Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, July 25, 2016

20 terpilih cabutan akhir Program Pelanggan Setia KIA 2016






Sebagai tanda penghargaaan kepada pelanggan setia KIA, syarikat Grand Motors Sendirian Berhad, selaku pengedar tunggal kenderaan KIA di Brunei Darussalam melancarkan Program Pelanggan Setia KIA 2016 yang bermula sejak 1 Jun hingga dan berakhir 20 Julai lalu.

Dalam program itu, pelanggan yang membuat penyelenggaraan kereta KIA mereka sebanyak tiga kali secara berterusan di bengkel rasmi KIA dan berbelanja lebih dari B$100 untuk perkhidmatan penyelenggaraan atau pembaikan akan layak menyertai cabutan dibawah Program Pelanggan Setia KIA 2016. 

20 peserta dari 300 pelanggan telah dipilih dalam satu cabutan awal semalam yang berlangsung di Pusat Perkhidmatan KIA di Lambak Kanan. 

Nama-nama yang terpilih dalam cabutan itu ialah Rosita binti Zaidi, Sufinah binti Haji Tampoi, Mohd Zaidi bin Sahad, Muhd Nur Huzairi bin JUna, Lim Heng Kuan, Haji Awang Abas bin Haji Kassim, Mas Imran Rukmino bin DP Haji Abdul Wahab, Hajah Kamsini binti Awang Haji Mohd Hussin, Awang @ Mohd bin Haji Tengah, Nur Hafizah binti Haji Mohd Zali, Lim Kok Cheng, Tan Chiew Seng, Mohd Azrin bin Haji A.Magon/A.N.NOR, Tan Chong Wee, Chee Leong Ong, Dayang Liah binti Haji Badar, Mohd Ariffin bin Haji Metussin, Lim Han Cheen, Abdullah bin Mohd Tahir dan Mohd Alila bin Haji Yussof. 

Cabutan tersebut telah disempurnakan oleh Eksekutif Komersial (BMC/4) Brunei Shell Marketing Co Sdn Bhd, Awang Zainie Suhaili dan Pengurus Besar Syarikat Pemasaran Autotools, Krit Smuthkochorn.

Cabutan utama akan diadakan pada 30 JUlai ini nanti pada jam 9.30 pagi di Pusat Perkhidmatan KIA, yang mana dua pemenang bertuah akan berpeluang untuk memenangi 5 hari pelancongan ke Korea termasuk tiket penerbangan, hotel, tempat penginapan dan destinasi pelancongan di Korea.

Selain itu, mereka juga akan turut dibawa untuk membuat lawatan ke Loji Hwaseong dan Loji Besi Hyundai untuk mengambil pengalaman tersendiri layanan Korea semasa berada di Negara tersebut.