Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, February 21, 2016

5 Pelanggan Bertuah Terpilih untuk Cabutan Akhir Bonanza Hujung Tahun 2015 Hyundai

Lima nama bertuah telah diundi untuk memasuki cabutan akhir Bonanza Hujung Tahun 2015 Hyundai selepas tiga bulan tempoh promosi tersebut.

Cabutan yang berlangsung di Bilik Pameran Hyundai, Setia Motors Beribi yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil Berhad,
Awg Irwan bin Lamit, Pengurus Commercial Setia Motors, Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Yahya, dan disaksikan oleh Pengurus Jualan Setia Motors, Fadhillah Sulaiman.

Antara nama-nama yang terpilih adalah Siti Rabiatul Adawiyah binti Abdullah Tangkai (00-273438), Nurul Izzati Akmal binti Setia (00-079390), Sufri bin Haji Ahmed (00-079000), Nurhidayati binti Haji Gani (00-314482) dan Muhammad Nur Amin Asney bin Yahya (01-041972).

Promosi yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 31hb Disember 2015 menawarkan hadiah utama berupa tiket penerbangan tiket untuk dua orang ke London. Hadiah kedua dan  hadiah ketiga adalah dua tiket penerbangan ke Hong Kong dan Kuala Lumpur. Hadiah keempat adalah telefon pintar Samsung dan hadiah kelima akan menerima pakej perkhidmatan percuma termasuk Minyak Shell Helix.

Lima pelanggan yang disenaraikan akan dihubungi oleh Setia Motors untuk mengikuti cabutan akhir yang akan diadakan pada 26 Februari 2016.