Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, October 10, 2015

Kia on Tour di Tutong


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Sila ambil perhatian semua penggemar-penggemar kereta, penantian yang di tunggu sudah berakhir, Jelajah & Uji Pandu Kia kembali sekali lagi di Brunei dan untuk kali ketiga di Hua Ho Petani Mall, Tutong bulan lalu. Pusat membeli-belah itu padat dan sibuk dengan pelanggan-pelanggan yang melihat lebih dekat lagi lima model Kia, yang terdiri dari Kia Cerato, Optima, Rio, Sportage dan Grand Carnival!




Tetapi bukan hanya mereka yang lalu-lalang dapat melihat lebih dekat kereta-kereta tersebut, tetapi mereka juga berpeluang untuk uji pandu dan membawa pulang beg eksklusif Kia secara percuma!




Ini adalah jerayawara ketiga dari empat yang dirancang bagi semua pelanggan Kia sepanjang tahun. Perhentian terakhir akan diadakan di KB Sentral Mall di Kuala Belait bermula 30 Oktober - 1 November 2015.

Jadi sila catatkan tarikh tersebut dalam perancangan anda dan rancang perjalanan ke KB untuk melihat kereta-kereta Kia sambil berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik ketika anda membuat uji pandu.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook Kia di http://www.facebook.com/Kiabrunei dan juga Instragram @kiabrunei bagi maklumat terkini.