Mantuka

Hyundai i30N

Sunday, August 16, 2015

Uji Pandu Volkswagen Jetta


Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Jika ingin memiliki sebuah kereta yang sesuai untuk perjalanan jauh, setentunya Volkswagen Jetta menjadi pilihan utama.

Volkswagen Jetta yang baru-baru ini dilancarkan ke pasaran Negara Burnei Darussalam menambah lagi barisan model-model jenama Volkswagen yang sudah ada. Jetta sebagai sebuah kereta kebanggaan Jerman kini dibina di kilang India dengan membawa prinsip kualiti yang sama.

Jetta menawarkan pemanduan penuh inspirasi yang menggabungkan elemen sporty, elegan dan keselamatan, tanpa berkompromi dengan komitmen Volkswagen terhadap aspek kelestarian menerusi kadar penggunaan bahan api yang efisien. Apa yang menarik mengenai kereta ini ialah dari segi bentuk badan yang seolah-olah klasik dipadankan dengan aspek kemodenan, tambahan lagi dengan rim aloi bersaiz 16 inci, gril krom dan paip ekzos berkembar menukar sedikit sebanyak Jetta menjadi sebuah kereta yang sportif dan elegan.


Kalau dilihat penampilan kereta ini, ianya sepertinya sebuah kereta biasa dan hanya digunakan untuk keluarga, Jetta merupakan sebuah kereta bergaya klasik. Ianya digabungkan bersama reka bentuk sebenar dan ciri-ciri inovatif. Ramai yang beranggapan kereta ini tidak sesuai untuk belia atau anak muda.

Jangan silap! Kereta ini mampu menghembus kuasa pecutan dengan kelajuan lebih 122 bhp pada 5,000 rpm dan mempunyai tork setinggi 200 Nm pada 1,500-4,000rpm. Dengan adanya kapasiti sebanyak 1,390cc, enjin Jetta boleh mencapai kelajuan tertinggi 202km/j dari 0-100km/j dalam masa 9.8 saat sebagai penanda baik dalam keluaran model Jetta ini. Ini kerana Jetta dilengkapi dengan alat Turbocharger yang pasti mengejar kereta sportif lainnya. Jetta menggunakan enjin 1.4 liter TSI, in-line petrol enjin dengan 16 valve dan pengecas turbo sebagai nadi utamanya.

Seperti perayaan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, seperti lazimnya, di musim Hari Raya semua menyambut dengan mengunjungi rumah keluarga dan saudara mara. Apatah lagi, bagi keluarga yang tinggal jauh disana, penulis menguji kereta ini dengan membuat perjalanan jauh ke Daerah Kuala Belait.

Volkswagen Jetta bukan sahaja mampu memberi keselesaan pemanduan bersama keluarga, semasa penulis membuat uji pandu kereta tersebut, Jetta memang seronok untuk dipandu dengan penukaran gear yang licin tanpa gegaran apa pun, ini kerana Jetta dimuatkan dengan transmisi kotak gear automatik dual-clutch tujuh kelajuan (DSG).


Memasuki ruang dalam Jetta, bahagian papan pemuka nampak seperti kereta desain biasa, walaubagaimanapun, fungsi-fungsi moden dimuatkan bagi keselesaan pemandu dan penumpang. Antara lainnya, kelengkapan lain adalah seperti stereng multi fungsi yang melengkapi tuil gear dan pemegang brek tangan yang dibalut kulit. 


Antara ciri-ciri berguna yang ada pada Jetta termasuklah cermin pandang belakang anti-silau, empat tingkap kuasa automatik, dan ruang penyimpanan barang dengan fungsi penyejukan.

Namun, apa yang mencurigakan USB port dan AUX tidak dilengkapi didalam kereta tersebut. Jetta dilengkapi dengan radio “RCD 310”, audio sistem MP3/WMA dengan pemain CD, dan 8 speaker.


Ruang kepala mempunyai ruang yang luas apatah lagi bahagian penumpang depan dan belakang mencukupi untuk berlegar semasa dalam perjalanan.

Sepanjang perjalanan uji pandu itu, penulis boleh merasakan keselesaan dari segi ruang Jetta yang begitu luas. Didalam Jetta, awda boleh melihat bagaimana hebatnya Volkswagen merancang desainnya yang sangat mudah, fungsional dan mudah dilihat. Stereng Jetta dilengkapi dengan suis yang boleh mengawal audio termasuk juga bila awda ingin menerima panggilan telefon yang dapat disambung melalui sambungan Bluetooth.



Keselesaan adalah salah satu tumpuan Volkswagen untuk memberi kepuasan kepada pemiliknya. Tempat duduk depan dilengkapi dengan pembantu pelarasan lumbar dan penyimpanan barang bagi setiap tempat duduk depan.

Bergantung kepada bagaimana awda memandu, penggunaan bahan api boleh berada di mana sahaja di antara 5.0-7.7 liter pada 100 kilometer dengan tangki 55 liter. Harga belanja minyak kereta untuk Jetta dari satu garis adalah sebanyak B$29.00.

Ukuran Jetta ini mempunyai ketinggian 1,482 mm, kelebaran 1,778 mm dan panjangnya 4,644 mm untuk membantu kestabilannya. Dan mungkin dengan gabungan ketinggian dan lebar platform ini memberikan pengendalian melebihi purata (average) untuk sebuah sedan.



Bercakap mengenai sistem brek yang dipertingkat pada Jetta ini banyak membantu setiap pemandu terutama apabila berdepan dengan keadaan yang tidak terduga ketika pemanduan dengan tindak balas yang cepat.  

Volkswagen sentiasa menumpukan kepada keselematan, dengan itu, Jetta juga memperkukuhkan dari segi keselamatan kereta tersebut dengan enam beg udara, Electronic Stabilisation Programme (ESP) termasuk electronically-controlled sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Electronic Brake Pressure Distribution (EBD), Electronic Diffential Lock (EDL) dan Anti-Slip Regulator (ASR), kawalan semasa mendaki bukit (Hill Hold Control), poin meletak tempat duduk bayi (ISOFIX) yang boleh memuatkan dua tempat duduk bayi, sensor undur, indikasi penukaran break pad (Break pad wear indicator), pengesan hujan dan macam-macam lagi.

Untuk membuat tempahan uji pandu Volkswagen Jetta, orang ramai boleh mengunjungi Bilik Pameran Volkswagen, Syarikat Maju Motors Sdn Bhd di Telanai.