Mantuka

Wednesday, August 12, 2015

Cabutan Undi KIA Mencari Pelanggan Bertuah


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Acara cabutan undi yang telah berlangsung di Bilik Pameran KIA, Beribi telah disempurnakan oleh wakil-wakil perbankan dari Bank Baiduri dan BIBD At-Tamwil.

Lebih 500 pelanggan telah membeli kereta Kia dari 1hb Mei hingga 31 Julai 2015 dan hanya 10 pelanggan bertuah telah terpilih untuk menyertai pusingan akhir cabutan bertuah dalam promosi pembelian kereta KIA sempena Hari Raya Aidilfitri.

Hadir pada cabutan tersebut terdiri daripada Pengarah Eksekutif Grand Motors Sdn Bhd, Haji Shaiful Rizal Bin Pehin Dato Dr Hj Ahmad, Pengurus Jualan KIA, Jacquelin Koh, Pengurus Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Muhammad Ali bin BM Haji Metusin, Pengarah urusan BIBD At-Tamwil Berhad, Irwan bin Lamit, Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam, Mohd Firdaus bin Haji Mokim dan Penolong Pengurus Pemasaran BIBD At-Tamwil, Asharul Bin Norshari Kamaluddin. Turut hadir selaku saksi cabutan undian tersebut ialah pegawai dan kakitangan KIA, Grand Motors Sdn Bhd.


Pelanggan yang terpilih akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta KIA Caren 2.0L LX GSL bagi pemenang ditempat pertama, KIA Cerato 1.6L bagi ditempat kedua dan KIA F/L Rio 1.4L bagi pemenang ditempat ketiga.

Kali ini, Syarikat tersebut turut menyediakan hadiah keempat juga menyediakan sebuah kereta KIA Picanto 1.0L EX transmisi manual, dan bagi tempat kelima hingga tempat ke-10 akan berpeluang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak B$3,000.00, B$1,500.00 dan B$500.00.

Selain itu, Syarikat tersebut juga akan menjemput 10 pelanggan bertuah untuk menyertai cabutan akhir bagi promosi "Cerato for the Young and the Young at Heart" yang berjalan sejak 1hb April hingga 31 Julai yang mempunyai 200 pelanggan.

Promosi bersempena Sambutan Hari Kemenangan ini adalah cara Syarikat tersebut untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan tetap KIA di atas sokongan mereka yang berterusan.

Pelanggan akan dihubungi oleh pihak Grand Motors, dan diminta untuk membawa kad pintar (I.C.) semasa cabutan itu. Jika ada pelanggan yang tidak dapat menghadiri acara tersebut, surat wakil dan salinan kad pintar (I.C) harus dibawa oleh wakil yang hadir.