Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, July 11, 2015

Setia Motors Sdn Bhd Menderma kepada 60 Orang Anak Yatim

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Dengan kedatangan Sambutan Hari Raya yang bakal menjelang, Setia Motors Sendirian Berhad memberikan bantuan kewangan kepada seramai 60 anak yatim dari Kampung Kiulap, Kampung Kiarong dan Kampung Beribi semasa majlis sumbangan derma dijalankan semalam.

Bilik Pameran Hyundai dipenuhi dengan ahli keluarga dari 60 kanak-kanak kurang bernasib baik telah diedarkan sumbangan yang disampaikan oleh Penghulu Mukim Gadong B, Penghulu Mejar (B) Haji Bakar bin Sapar, Ketua Kampong Kiarong, Haji Morsidi Haji Ahmad, Ketua Kampung Kiulap, Awang Haji Mohd bin Abu Bakar dan mewakili Setia Motors Sdn Bhd iaitu dari Pengurus Kormesial Setia Motor Sdn Bhd, Haji Abdul Hamid bin Haji Yahya dan Eksekutif Jualan dan Pemasaran Kanan, Fadhillah Sulaiman.

Setiap kanak-kanak diberikan bag hadiah dengan pelbagai makanan dan juga wang untuk membantu kewangan keluarga mereka. Kanak-kanak tersebut berumur diantara 2 hingga 16 tahun.

“Kami rasa ini lah masa yang tepat untuk menyumbangkan derma dan juga membantu kepada yang memerlukan”, kata Fadhillah.

“Kami ingin mengurangkan bebanan mereka disamping itu bergembira pada kedatangan Hari Raya Aidilfitri nanti, dan ini juga sebagai tanggungjawab syarikat setiap tahun”