Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, May 8, 2015

Datang ke Karnival Ulang Tahun Volkswagen 8-10 Mei

Klik di sini untuk versi Inggeris.

Orang ramai dialu-alukan untuk berkunjung ke Karnival Ulang Tahun istimewa yang akan diadakan di Bilik Pameran Volkswagen, Maju Motors bermula 8 hingga 10 Mei ini.

Pelanggan boleh melihat produk-produk terbaru dibilik pameran VW menampilkan keluaran model terbaru dari Volkswagen tidak lama lagi, ini termasuk Golf Sportsvan dan pemegang kereta tahunan terbaik berprestij iaitu Volkswagen passat serba baru. Selain itu model versi terbaru seperti Beetle, Tiguan dan Touran akan menjadi tarikan ramai.

“Sepanjang setahun ini adalah sebagai tahun yang terbaik bagi syarikat kami,” kata Pengarah Eksekutif Maju Motors, Chan Key Hong. “Dalam tahun 2014 kami telah berjaya menghantar lebih seribu buah kereta dalam jangka masa setahun buat kali pertamanya, dan tambahan pemilik kereta Volkswagen di Brunei semakin meningkat.”

“Ini kerana kami sentiasa bekerja keras meningkatkan perniagaan selepas jualan (after sales) secara efisien, bagi mencapai dan memperoleh jangkaan pelanggan. Sebagai contoh, sekarang lebih 60% lebih banyak juruteknik yang berdedikasi memberi khidmat kepada kenderaan Volkswagen dan kami juga telah membuat ruang yang lebih besar untuk kemudahan mereka”.

“Tambahan lagi Maju Motors, telah memberi pekerjaan kepada bahagian penasihat perkhidmatan (Service Advisors) dan telah membuat satu kumpulan yang menumpukan kepada penjagaan pelanggan (Customer Care),” katanya.

Semasa karnival tiga hari itu, pengunjung bilik pameran akan berpeluang menyaksikan model dari Volkswagen dan juga membuat uji pandu. Selain itu, menikmati hidangan jamuan dari Wing-it, Muffins Paradise Brunei dan Doug’s Cakoi. Sudah tentu, disediakan aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak bagi seisi keluarga.

Karnival akan bermula pada:
Jumaat 3-6pm
Sabtu 9-3pm
Ahad 9-3pm

100 pengunjung yang berdaftar away lari laman web http://goo.gl/4qdbnX akan menerima hadiah cenderamata Volkswagen.

Kunjungi @volkswagenbrunei di Instagram untuk keterangan lanjut
.