Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, January 13, 2015

Hajah Sarimah Menang Sebuah Citroën DS3

Citroën Brunei dibawah Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal utama baru-baru ini telah mengakhiri promosi ‘tiga promosi riang dan menarik Citroen’ dengan mengadakan cabutan akhir untuk memenangi hadiah sebuah kereta Citroen DS3 yang berlangsung di Bilik Pameran Citroen, Beribi.

Hajah Sarimah binti Haji Shahbudin dengan senyuman lebar membawa balik sebuah lagi kereta Citroen DS3 setelah berjaya menjadi pemenang utama dalam cabutan itu dengan mencuba nasib mengambil sampul surat yang disediakan bersama lima peserta lainnya yang dipilih.

Empat peserta lainnya tidak membawa balik dengan tangan kosong, mereka turut diberikan hadiah berupa iPhone 6 16GB 4.7. Keempat peserta itu terdiri daripada Jihan Masria Al-Haqam Bin Haji Masri, Haris Bin Hj Suboh/Tunjol, Muhammad Kasim Yusof dan Dayang Masnah Binti Awg Hj Md Salleh.

Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi promosi ‘Citroën Sight & Snap’ dibukakan kepada semua orang yang mengambil gambar apa jua jenis kereta model Citroen dan dimuat naik di laman sosial media seperti Instagram dan Facebook semasa promosi dijalankan dari 1hb Oktober hingga 31hb Disember 2014. Pemenang bertuah itu ialah @Marul69 selaku nama akaun samaran social media yang telah memenangi baucer membeli-belah yang bernilai B$150.00.

Bagi promosi seterusnya iaitu ‘Feel the Drive’, bagi pelanggan yang membuat uji pandu mana-mana kereta Citroen dari 1hb Oktober hingga 31 Disember 2014, dua pelanggan bertuah telah berpeluang memenangi iPad Mini 16GB Wifi. Pemenang bertuah itu terdiri daripada Awangku Khairool Basrah and Mohamad Nor Bin Abd Wahab.

Hadir pada majlis cabutan akhir itu terdiri dari perwakilan perbankan, Pengurus Jualan Kanan Baiduri Finance Berhad, Haji Mahlil Bin Haji Mat Salleh; Pengurus Jualan Bahagian Jualan dan Pemasaran Baiduri Finance Berhad, Haji Muhammad Ali Bin BM Haji Metusin; Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam BIBD AT-Tamwil Berhad, Lim Sei Chin; Penolong Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam BIBD AT-Tamwil, Asharul Bin Norshari Kamaluddin; Pengurus Besar Takaful Brunei AM, Barudin Haji Kudil dan Penolong Pengurus Besar Takaful Brunei AM, Awang Haji Mohd Hisham bin Haji Mohd Taib.

Uji pandu kenderaan Citroen dan ambil pengalaman sendiri akan kemewahan dan prestasi unggul model-model jenama Citroen. Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi 2450257 atau melayari "Citroen Brunei" melalui Facebook dan Instagram.


Klik disini untuk versi Inggeris.